Program RMR : Rumah Mesra Rakyat SPNB

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Rumah Mesra Rakyat (RMR) dibuka buat semua rakyat Malaysia yang berkelayakan.

RMR yang telah dilancarkan pada 16 Ogos 2002 ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Oleh itu, mereka yang tergolong dalam golongan berpendapatan rendah ini dialu-alukan untuk memohon RMR ini.

Harga Rumah Rumah Mesra Rakyat SPNB

Yang terkini, SPNB telah mengeluarkan 6 reka bentuk RMR yang terbaru iaitu pada harga RM75,000 dan juga RM95,000 bergantung kepada jenis reka bentuk yang dipilih.

Untuk maklumkan, harga bayaran bulanan rumah bermula dari RM 300 sehingga RM 370.

Reka Bentuk Rumah

Reka bentuk RMR yang ditawarkan adalah seperti berikut:

i) Reka bentuk 1

rmr

ii) Reka bentuk 2

rmr

iii) Reka bentuk 3

rmr

iv) Reka bentuk 4

rmr rumah mesra rakyat 2023

v) Reka bentuk 5

rumah mesra rakyat 2023

vi) Reka bentuk 6

rumah mesra rakyat 2023

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon RMR adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun sehingga 65 tahun.
  3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000.
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri/atau memiliki rumah usang/tidak sempurna.
  5. Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan
  6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
  7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

Nota :

  • Keperluan penama kedua berumur 18-43 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia.
  • Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.
rumah mesra rakyat 2023

Cara Memohon RMR

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkat berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://rmr.spnbonline.com.my/.
  2. Klik pendaftaran baru dan isi borang pendaftaran login dengan lengkap
  3. Login ID dan kata laluan akan dihantar kepada pemohon
  4. Log masuk ke Laman Utama, dengan menggunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
  5. Lengkapkan borang dengan mengisi maklumat ke dalam sistem
  6. Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang
  7. Hantar borang beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan
  8. Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar ke Pejabat Cawangan SPNB yang berhampiran adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah.
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
  4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru.
  5. Slip gaji terkini (3 bulan)/surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan pemohon/pemohon kedua (disahkan melalui Penghulu/Ketua kampung/Pegawai Profesional Kelas A).
  6. Surat akuan sumpah/surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang (disahkan melalui Penghulu/Ketua kampung/Pegawai Profesional Kelas A).
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
  8. Salinan sijil nikah pemohon.
  9. Borang laporan tapak bergambar.
rumah mesra rakyat 2023

Nota :

  • SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.
  • Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB.
  • Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.

Tanggungjawab Pemohon (Sekiranya Diluluskan)

Jika permohonan pemohon berjaya, mereka perlu menyelesaikan beberapa tanggungjawab iaitu:

  1. Perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan
  2. Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan
  3. Perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
  4. Perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan
  5. Perlu membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan

Pembayaran RMR Secara Online

Anda boleh membayar pinjaman RMR melalui JOMPAY.

  1. Cari logo JomPay dan Biller Code pada surat arahan pembayaran yang diterima daripada SPNB.
  2. Terdapat 40 Bank yang berdaftar dengan JomPay. Daftar masuk ke Bank pilihan anda dan klik JomPay.
  3. Masukkan maklumat yang berdaftar dan sahkan.
  4. Cara-cara bayaran balik pembiayaan Rumah Mesra Rakyat (RMR):
    Biller Code: (Rujuk Kod Pembayaran JomPay)
    Amount (RM): Jumlah Pembayaran
    Ref-1: No Akuan RMR
    Ref-2: No Kad Pengenalan
    Kod Pembayaran JOMPAY:

RMR 2020 – RMR 2022
Semenanjung: RM300.00
Sabah & Labuan: Pembayaran Bulanan bermula dari RM300 sehingga RM370 Pembayaran boleh dilakukan di Bank Islam/ melalui JOMPAY.

*Kod JOMPAY mengikut negeri adalah:

  1. Selangor,KL,Putrajaya : 631085
  2. Perlis : 158394
  3. Johor : 296053
  4. Kedah, P.Pinang : 546879
  5. Melaka : 560128
  6. Sembilan : 691543
  7. Terengganu : 775239
  8. Pahang : 781252
  9. Kelantan : 783597
  10. Perak : 789446
  11. Sabah,Labuan : 106526

*Pembayaran Kod Jompay RMR adalah merujuk kepada lokasi negeri Rumah Mesra Rakyat yang telah dibina.

Untuk maklumat bil dan bayaran terdahulu, sila layari: https://rmrportal.spnbonline.com.my/

Soalan Lazim RMR

Di manakah borang RMR boleh diperolehi?

Melalui laman sesawang SPNB/Pejabat Cawangan SPNB.

Apakah yang perlu dibuat jika terlupa kata laluan?

Sila hubungi SPNB di talian 03-7849200 (Jabatan Rumah Mesra Rakyat).

Berapa lamakah tempoh kelulusan dan pembinaan rumah?

Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan. Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat.

Bolehkah menggunakan tapak tuan tanah yang telah meninggal dunia?

Tidak boleh, kesemua tuan tanah mestilah hidup dan memberi kebenaran serta tidak boleh mempunyai sebarang sekatan untuk pendaftaran gadaian.

Bolehkah memohon sekiranya tanah mempunyai banyak tuan tanah?

Boleh sekiranya kesemua tuan tanah (masih hidup) memberi kebenaran.

Apakah sebab permohonan ditolak?

Antara sebab utama permohonan ditolak adalah:
1. Pendapatan seisi rumah melebihi syarat kelayakan
2. Telah memiliki rumah yang masih berkeadaan baik
3. Tapak cadangan tidak sesuai
4. Geran hakmilik mempunyai masalah / sekatan

Siapa yang bertanggungjawab untuk penyediaan tapak dan penyambungan air
/elektrik?

Pemohon perlu menyediakan tapak dan membuat penyambungan air dan elektrik. SPNB hanya membina rumah sahaja.

Bolehkah rumah diubahsuai?

Boleh. SPNB hanya akan membina rumah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan ubahsuai yang tidak melibatkan struktur boleh dipertimbangkan melalui permohonan kepada SPNB. Ubahsuai yang berlaku tanpa pengetahuan SPNB adalah di bawah tanggungjawab pemohon.

Bagaimana membuat pembayaran bulanan?

Pemohon perlu membuka akaun dan membuat bayaran melalui kaunter BSN, Pejabat Pos, JOMPAY, Agen BSN, dan mesin CDM BSN. Pembayaran di Pejabat Cawangan juga boleh dilakukan.

Jika pemohon meninggal dunia, siapa yang perlu bayar bayaran bulanan?

Jika simati telah diinsuranskan, maka pinjaman tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Insurans. Jia tidak, pemohon kedua/tuan tanah/pewaris perlu meneruskan pembayaran bulanan.

Apakah konsep Kediaman SPNB?

Menyediakan persekitaran yang mampu memberi inspirasi kepada penduduknya melalui kemudahan yang menarik, dan alam sekitar yang mampan serta suasana harmoni.

Apakah kriteria kelayakan untuk memohon Kediaman SPNB?

Terbuka kepada mereka yang layak membuat pinjaman bank.

Bagaimanakah cara untuk memohon Kediaman SPNB?

Anda boleh berhubung terus dengan pejabat cawangan/jualan kami.

Apakah status pajakan Kediaman SPNB (pegangan kekal atau pegangan
bebas?

Ia bergantung kepada hakmilik (“pemilik”) tanah pada setiap pembangunan SPNB.

Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan semasa
mendaftar Kediaman SPNB?

Dokumen yang diperlukan:
1. Salinan kad pengenalan pemohon
2. Slip gaji 3 bulan yang terkini
3. Penyata cukai pendapatan (borang J) yang terkini atau borang EA
4. Penyata KWSP terkini
5. Surat Pengesahan Jawatan daripada majikan

Jika bekerja sendiri
1. Penyata bank 3 bulan terkini
2. Pendaftaran Perniagaan (SSM)
3. Dokumen sokongan tambahan (jika ada)

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai RMR, sila hubungi pihak SPNB di :

Telefon : +603-7849 2000

Waktu urusan:
Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi – 5.30 petang)

Alamat:
Level 1, Blok C, Dataran PHB Saujana Resort, Seksyen U2,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

E-mel: [email protected]

Laman web : www.spnb.com.my

Facebook: SPNB
Instagram : spnb_official
Twitter: spnb_official
Youtube: spnb_official

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!