Pelan Perlindungan Hospital RapidKL HPP Percuma 50,000 Pendaftaran Pertama

Terkini RapidKL menawarkan Pelan Perlindungan Hospital atau Hospital Protection Plan’ (HPP) percuma untuk kepada 50,000 orang penumpang yang berjaya memohon dan mendaftar menerusi applikasi mudahalih PULSE bermula daripada 16 Jun 2022 serentak dengan pembukaan Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya.

Ianya merupakan kolaborasi di antara RapidKL dan AIG Malaysia.Dengan adanya perlindungan yang diberikan menerusi HPP, para penumpang pengangkutan awam kendalian Rapid KL yang memegang polisi HPP akan mendapat elaun tunai harian sebanyak RM50 setiap sehari jika dimasukkan ke hospital sehingga 14 hari disebabkan Penyakit Berjangkit Tertentu.

 

Apa Itu Pelan Perlindungan Hospital RapidKl HPP

pelan perlindungan hospital rapidkl

Pelan Perlindungan Hospital atau ‘Hospital Protection Plan’ (HPP) percuma selama tiga bulan dalam satu kolaborasi dengan syarikat insurans antarabangsa American International Group Malaysia Insurance Berhad (AIG).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Encik Mohd Azharuddin Mat Sah berharap inisiatif-inisiatif baru daripada pengendali pengangkutan awam terbesar negara itu akan mengukuhkan lagi keyakinan orang ramai untuk kembali menggunakan pengangkutan awam, selaras dengan peralihan ke fasa endemik COVID- 19.

 

Sempena pelancaran 50,000 orang penumpang yang berjaya memohon dan mendaftar menerusi applikasi mudahalih PULSE bermula daripada 16 Jun 2022 serentak dengan pembukaan Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya akan menerima Pelan Perlindungan Hospital atau Hospital Protection Plan’ (HPP) secara percuma.

 

Baca juga :Permohonan My50 2022 Pakej Perjalanan Tanpa Had 

 

Manfaat HPP

  • Elaun tunai RM 50 setiap hari jika dimasukkan ke hospital disebabkan Penyakit Berjangkit Tertentu
  • Elaun tunai harian ini akan diberikan sehingga 14 hari pesakit dimasukkan ke hospital
  • Penerima HPP akan nikmati pelan perlindungan hospital percuma selama 3 bulan.

 

 

Cara Mohon Pelan Perlindungan Hospital RapidKL

Bersempena pengenalan pelan ini, RapidKL akan menawarkan pelan ini secara percuma kepada 50,000 orang penumpang yang memohon dan mendaftar menerusi aplikasi PULSE.  Maklumat mengenai aplikasi ini boleh didapati melalui pautan berikut https://myrapid.com.my/pulse/mobile-app/

 

 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Pelan Perlindungan Hospital RapidKL HPP , sila layari laman web https://myrapid.com.my/

 

 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!