ePerumahan Terengganu (i-Rahman) | Cara Membuat Permohonan & Syarat Kelayakan

ePerumahan Terengganu (i-Rahman) | Cara Membuat Permohonan & Syarat Kelayakan ~ Sukacita dimaklumkan,, permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu bagi tahun 2022 masih lagi boleh dibuat sehingga 28 Februari 2022 ini. 

ePerumahan Terengganu (i-Rahman)

ePerumahan Terengganu (i-Rahman) yang ditawarkan adalah terbahagi kepada dua iaitu; Bina Rumah Atas Tanah Sendiri (RMR Rahman) dan Beli Rumah Penswastaan (RMM Jenis A Penswastaan).

Syarat Kelayakan Permohonan i-Rahman

ePerumahan Terengganu

Antara syarat permohonan yang utama adalah; pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu serta berumur 21 tahun ke atas.

  • Pemohon berumur 21 Tahun ke atas. Bagi pemohon melebihi umur 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga (isteri/adik-beradik/ibubapa/anak-anak);
  • Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berumur 35 tahun ke atas layak dipertimbangkan;
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri;
  • Pendapatan isi rumah bagi pemohon adalah bermula RM2,000.00 sehingga RM4,500.00
  • Penerima tawaran membeli RMM (Penswastaan) yang tidak berjaya memperolehi pinjaman daripada pihak bank (2 bank); perlu disertakan surat penolakan daripada bank tersebut
  • Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu;
  • Permohonan bina rumah di atas tanah sendiri perlu mempunyai keluasan minima (50′ lebar x 72′ panjang) = 3600 kps; dan
  • Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadai/bebanan ke atasnya.

Tempoh Permohonan

Permohonan akan dibuka sehingga 28 Februari 2022. 

Kadar Pembiayaan & Subsidi

Pembinaan RMR RAHMAN ini akan mendapat subsidi daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah yang akan dibina.

Kos yang akan ditanggung oleh pemohon adalah berjumlah RM55,000 dengan bayaran balik bulanan RM286.00 sebulan selama 15 tahun.

Kadar Pembiayaan Pembelian Rumah

Rumah yang akan ditawarkan di bawah skim ini ditawarkan dengan harga maksima sebanyak RM80,000 sahaja.

Tempoh pembiayaan selama 25 tahun dan ansuran bulan sebanyak RM266.70.

Cara Membuat Permohonan 

Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) sahaja tanpa perlu hadir ke pejabat.

Sila layari pautan berikut untuk memohon: https://eperumahan.terengganu.gov.my

ePerumahan Terengganu

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari laman web di pautan berikut: https://eperumahan.terengganu.gov.my 

Anda juga boleh menyemak syarat-syarat, dokumen yang diperlukan dan lan-lain sebelum membuat sebarang permohonan yang ditawarkan oleh SUK (Bahagian Perumahan).

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!