Belanjawan Pahang 2022: Saguhati RM200 Untuk Setiap Kelahiran Bayi

Belanjawan Pahang 2022: Saguhati RM200 Untuk Setiap Kelahiran Bayi ~ Sukacita dimaklumkan, terdapat beberapa pakej bantuan yang diperuntukkan dibawah Belanjawan Negeri Pahang bagi tahun 2022. 

Antaranya ialah Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid); saguhati RM200 untuk bayi yang lahir di Pahang. Dan, Kad Pelajar Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Student). 

Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid)

Kerajaan negeri memperuntukkan RM5 juta bagi menjayakan Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid) ini.

Melalui program ini, setiap bayi yang dilahirkan di Pahang akan menerima saguhati sebanyak RM200 di bawah Program Anak Kebanggaan Pahang bermula tahun depan (2022).

Pemberian RM200 untuk setiap kelahiran itu adalah untuk simpanan dan barangan penjagaan bayi dan ibu ketika berpantang.

Inisiatif ini diumumkan ketika pembentangan Belanjawan Pahang 2022 pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang pada 6 Disember 2021.

Belanjawan Pahang

Kad Pelajar Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Student)

Di samping itu, inisiatif lain yang turut mendapat perhatian dalam pembentangan tersebut ialah, pemberian kad pelajar dengan tambah nilai RM100 yang dikreditkan ke kad tersebut bagi membeli barang keperluan sekolah.

Pihak kerajaan negeri dengan kerjasama MBS Book & Stationeries menawarkan kad pelajar yang bernilai RM100 dan diskaun 20% bagi barang keperluan sekolah. Hal ini adalah merupakan tanda keprihatinan pihak kerajaan negeri dengan kesusahan ibu bapa pada usim pandemik ini dalam membuat persediaan bagi menghadapi sesi persekolahan baharu kelak. 

Kad ini dijangka akan memberi manfaat kepada 238,455 pelajar dari keluarga B40 dan M40 dalam negeri Pahang dengan peruntukkan sebanyak RM4.87 juta.

Belanjawan Pahang

Syarat Kelayakan

Setiap pemohon mestilah terdiri daripada golongan B40 (pendapatan isi rumah kurang dari RM4,850) dan M40 (pendapatan isi rumah di antara RM4,851 hingga RM10,970) yang mempunyai anak yang masih bersekolah. 

Kad ini akan diserahkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR).

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari Laman web rasmi Kerajaan Pahang di pautan berikut:  https://www.pahang.gov.my/

Atau, hubungi talian:  09-512 6600, dan rujuk Facebook: Kerajaan Negeri Pahang

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!