ePemula | Cara Tebus Kredit eWallet RM150 Untuk Belia
ePemula | Cara Tebus Kredit eWallet RM150 Untuk Belia (18-20 Tahun / Pelajar) ~ Sukacita dimaklumkan, kerajaan telah memperkenalkan program ePemula/e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan melalui eWallet Belia 2022 pada pembentangan Bajet 2022 yang lalu.
Program ini mempunyai peruntukan dana sebanyak RM300 juta untuk dimanfaatkan oleh lebih 2 juta belia.
Program ePemula/e-Start
ePemula/ e-Start adalah merupakan sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.
Melalui program ini, sebanyak RM150 akan dikreditkan secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
eDompet / eWallet Yang Terlibat
- Touch n Go eWallet
- ShopeePay
- Grab Pay
- BigPay
Untuk mendapat manfaat program ini, anda perlu mendaftar di aplikasi yang dinyatakan di atas.
Tarikh Penebusan/Pelaksanaan
Program ePemula/e-Start ini dijangka akan bermula pada pertengahan April 2022.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk pautan berikut: https://budget.mof.gov.my/manfaat/rakyat.html