Biodata Tracie Sinidol, Pelakon Drama ‘Luruhnya Bunga Cinta’

Biodata Tracie Sinidol Ratu Unduk Ngadau juga pelakon drama Luruhnya Bunga Cinta ini merupakan “sumandak” Sabah yang sering kali dikaitkan dengan Mira Filzah kerana mempunyai mirip muka yang hampir sama.

Nama Tracie Sinidol juga semakin naik dan mendapat perhatian ramai penerbit untuk mengambil beliau berlakon dengan pakej personaliti yang beliau miliki serta bakatnya yang semakin terserlah dari lakonan yang dibawa oleh beliau dalam siri drama terbaru Luruhnya Bunga Cinta.

Jom ikuti perkongsian daripada kami untuk kenali profile biodata Tracie Sinodol

Biodata Tracie Sinidol

tracie sinidol biodata
  • Nama : Tracie Sinidol
  • Gelaran : Tracie
  • Umur : 22 tahun (2023)
  • Ibu : Veronica Tajin
  • Bapa : Sinidol Stimin
  • Tarikh Lahir : 24 September 2001
  • Asal : Tambunan, Sabah
  • Agama : Kristian
  • Bangsa : Murut, Dusun
  • Warganegara : Malaysia
  • Status : Bujang
  • Adik-beradik : 11 Orang
  • Tinggi : 159 cm
  • Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

“Two is better than one. My twin sister and doppelganger”

Gambar Tracie Sinidol bersama Mira Filzah ketika mempromosikan drama Imam Instant Ustazah Scammer

Kerjaya

Tracie Sinidol merupakan seorang model dan juga pelakon. Bakat beliau mula menyerlah selepas menyertai pencarian Dewi Remaja 2022.

Kerjaya beliau dalam bidang lakonan beliau bermula apabila ditawarkan membintangi drama Imam Instant Ustazah Scammer terbitan Astro yang turut dibintangi pelakon Mierul Aiman dengan membuat penampilan khas.

Selepas itu, beliau muncul pula dalam drama Puaka Cuti Semester.

Dan terkini beliau turut berlakon dalam siri drama terbitan Astro oleh One Million Dollar Voice dan Drama Luruhnya Bunga Cinta TV3. Beliau sebelum ini juga pernah berlakon dalam telefilem Negaraku 16 September dan Budak Pasar arahan Jurey Latiff Rosli.

Selain itu juga, beliau pernah muncul dalam muzik video nyanyia Sufian Suhaimi berjudul “Menggengam Bahagia”.

Beliau juga merupakan model bagi iklan promosi produk KitKat

tracie sinidol drama luruhnya bunga cinta

Pencapaian

tracie sinidol unduk ngadau
Tracie Sinidol dinobatkan Ratu Unduk Ngadau Tambunan 2021 sempena Pesta Kaamatan di Sabah

Tracie pernah dinobatkan sebagai juara pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau Tambunan 2021 sempena Pesta Kaamatan peringkat Tambunan

Pada tahun 2022, Tracie dipilih sebagai salah seorang peserta Dewi Remaja 2021/2022 dan dinobatkan sebagai juara sekalligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM 10,000 dan sebuah trofi.

Beliau juga memenangi Dewi Favourite menerusi undian peminat yang dibuat secara dalam talian.

Nama beliau juga ketika ini sedang meningkat naik dan sering mendapat tawaran untuk berlakon.

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai Tracie Sinidol, jangan lupa ikuti laman sosial beliau di ;

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!