Biodata Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke-10
Biodata Anwar Ibrahim
Teka teki yang berlegar di kalangan rakyat Malaysia terjawab apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Lantikan beliau merupakan salah satu insiden politik yang unik kerana tiada parti yang dapat mengumpul minimum 112 kerusi parlimen.
Ini mendorong penglibatan Yang di-Pertuan Agong sehingga terbentuknya kerajaan perpaduan antara PH selaku parti paling banyak kerusi serta parti-parti lain.
Sejak pelantikan beliau, ramai yang menanti perubahan yang bakal dibawa oleh Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya.
Anwar juga bukanlah nama yang perlu diperkenalkan lagi dalam arena politik tanah air.
Pencapaian serta semangatnya dalam membawa perubahan untuk pertiwi membuatkan beliau menjadi tokoh politik yang disegani.
Jom kenali Perdana Menteri Malaysia ke-10 dengan menyemak biodata Anwar Ibrahim.
Baca Juga : Biodata Ustaz Wadi Anuar, Pendakwah Bebas Terkenal
Biodata Anwar Ibrahim
Nama Penuh : Anwar bin Ibrahim
Tarikh Lahir : 10 Ogos 1947
Asal : Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Umur : 75 tahun
Isteri : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Anak-Anak : Nurul Nuha, Nurul Izzah, Nurul Iman, Nurul Ilham, Nurul Hana, Ehsan
Latarbelakang Pendidikan
- Bukit Mertajam Boys School (Sekolah Rendah)
- Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) (Sekolah Menengah)
- Pengajian Melayu (Sastera) Universiti Malaya
- Dianugerahi Ijazah Doktor Kehormat oleh Ateneo de Manila University
- Anugerah Presiden oleh Georgetown University
Pengalaman Dalam Pentadbiran Kerajaan
- 1982 – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
- 1983 – Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
- 1984 – Menteri Pertanian
- 1986 – Menteri Pendidikan
- 1991 – Menteri Kewangan
- 1993 – Timbalan Perdana Menteri
- 1997 – Pemangku Perdana Menteri & Menteri Dalam Negeri
- 2022 – Perdana Menteri Malaysia ke-10 & Menteri Kewangan
Jawatan Yang Pernah Disandang Dalam Parti
Wakil Rakyat
- 1982-1995 Ahli Parlimen Permatang Pauh (UMNO)
- 1998-1999 Ahli Parlimen Permatang Pauh (Bebas)
- 2008-2015 Ahli Parlimen Permatang Pauh (PKR)
- 2018-2022 Ahli Parlimen Port Dickson (PKR-PH)
- 2022 Ahli Parlimen Tambun (PKR-PH)
Penglibatan Dalam Politik
- 29 Mac 1982 Menyertai UMNO
- 8 Ogos 1982 Pengerusi UMNO Bahagian Permatang Pauh
- 9 Sept 1982 Ketua Pemuda UMNO
- 24 April 1987 Naib Presiden UMNO
- 21 Okt 1993 Timbalan Presiden UMNO
- Sept 1998 Dipecat daripada UMNO dan dilantik sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)
- 28 Ogos 2008 Dilantik sebagai Ketua Pembangkan di Parlimen
- 8 April 2015 Dilantik sebagai Ketua Umum PKR
- 2018 Menyandang jawatan Presiden PKR
- Sejak 2020 : Menyandang jawatan Pengerusi Pakatan Harapan
Penglibatan Dalam Badan Bukan Kerajaan dan Organisasi Antarabangsa
- 1971 Pengasas dan Pendidik Yayasan Anda Akademik
- 1973 Penasihat Majlis Belia Kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
- 1973-1976 Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)
- 1972-1982 Pengasas dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia
- 1983-1998 Canselor dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
- 1988-1991 Pengerusi Jawatankuasa Pengarah dan Presiden Majlis Umum Pertubuhan Pendidkan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Paris
- 1997-1998 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia
- 2006 Felo Pelawat John Hopkins University, Washington DC
- 2006-2008 Pensyarah Jemputan Georgetown University, Washington DC
- 1980-kini Pengasas dan Pengerusi Emeritus Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT)
Cabaran Berliku Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Karier Politik
Beliau pertama kali dipenjara di Kamunting, Perak selama 20 bulan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas penglibatannya dalam gerakan pelajar pada tahun 1974 selepas mengetuai demonstari pelajar terhadap isu kemiskinan di kawasan luar bandar.
Selepas dibebaskan, Anwar menyertai parti UMNO yang diketuai oleh Tun Mahathir ketika itu.
Setelah menyandang beberapa jawatan penting dalam kabinet seperti Mentri Pertanian (1984), Menteri Pendidikan (1986) dan Menteri Kewangan (1991), karier politik Datuk Seri Anwar mencapai tahap tertinggi apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993.
Namun, hubungan Anwar dan Mahathir semakin merosot akibat perbezaan pandangan dalam hal pentadbiran negara.
Pada September 1998, Anwar dipecat daripada UMNO.
Beliau juga dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga mendorong kelahiran gerakan Reformasi yang menular di seluruh negara.
Pada tahun 1999, beliau dipenjara atas kesalahan rasuah namun menjadi pengaruh besar kepada Barisan Alternatif (BA) dan selepasnya Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai Parti Keadilan Nasional (KEADILAN), Parti Islam Se-Malaysia (Pas) dan DAP.
Selepas menyepikan diri selama hampir 10 tahun, Anwar muncul sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh setelah memenangi pilihan raya pada Ogos 2008.
Pada tahun 2015, Anwar dipenjara sekali lagi pada tahun 2015 selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh atas kes pelakuan seks luar tabii.
Setelah menerima pengampunan diraja dari Sultan Muhammad V, beliau dibebaskan dari penjara pada 16 Mei 2018, sebaik parti PH menang PRU14 pada 9 Mei 2018.
Beliau juga muncul sebagai ahli Parlimen Port Dickson apabila memenangi majoriti undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan tersebut pada tahun yang sama.
Maklumat Lanjut
Untuk ketahui perkembangan mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim, sila layari laman web anwaribrahim.com dan laman media sosial rasmi seperti pautan berikut :
Facebook : Anwar Ibrahim
Instagram : anwaribrahim_my
Twitter : @anwaribrahim