Biodata Mawar Rashid, Pelakon dan Model Popular

Sejak akhir-akhir ini, nama selebriti Mawar Rashid telah menjadi bualan warganet.

Mawar mula berhijab pada Ogos 2020 namun isteri kepada Raf Yaakob itu telah mengumumkan bahawa beliau tidak lagi bertudung.

Sambil memuatnaik gambar terkini tanpa hijab, Mawar meluahkan bahawa beliau telah cuba untuk istiqamah bertudung tetapi gagal.

Meskipun ada yang mencemuh, namun ramai yang telah memberikan kata-kata sokongan sambil mendoakan yang baik-baik agar Mawar dapat lebih istiqamah pada masa akan datang.

Di sebalik kontroversi yang melanda pelakon cantik ini, sudahkah anda mengenali siapa Mawar Rashid? Ayuh kita semak biodata dan latar belakangnya.  

Biodata Mawar Rashid

Nama Penuh : Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid

Nama komersial : Mawar Rashid

Tarikh Lahir : 3 April 1995

Umur : 28 tahun (2023)

Asal : Kota Bharu, Kelantan

Kerjaya : Pelakon, Model

Suami : Raden Ahmad Faizal Yaakob (Raf Ahmad)

Anak : 3 orang (Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta, Raden Seri Riyanna Sayang)

Anak tiri : Raden Ahmad Rayyan, Raden Seri Raysaa Chanela

Instagram : @mawarashid

mawar rashid

Perjalanan Karier

Mawar Rashid mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2014. Beliau merupakan bekas peserta pertandingan Dewi Remaja 2014/2015 dan sama-sama menyertai program tersebut bersama Puteri Aishah, Mimi Lana, Raysha Rizrose, Deeba Halil dan Syamim Farid.

Dalam program realiti tersebut, Mawar juga telah meraih undian tertinggi untuk kategori peserta kegemaran (Dewi Favourite). Sejak itu, Mawar telah mendapat banyak tawaran berlakon.

Karier Mawar sebagai pelakon mula menyerlah apabila beliau membintangi drama Tundukkan Playboy Itu, Suamiku Paling Sweet, Kalis Kasih dan Penaklukan Syaitan.

mawar rashid

Selain itu, selebriti yang fasih berbahasa Thai ini juga pernah membintangi beberapa filem antaranya Bu, Kasih Suci, Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium dan telefilem Pok Ya Cong Codei : Siti di Hati.

Pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh lalu, Mawar sempat meraih perhatian warganet menerusi video solekan realistik sehingga tular di media sosial.

Mawar juga telah mengejutkan ramai pihak apabila beliau telah meraih anugerah pelakon filem wanita paling popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH ke-33).

Kemenangan Mawar juga telah meranapkan harapan pelakon wanita popular lain seperti Nabila Huda, Erra Fazira dan Nur Fazura.

mawar rashid

Ia juga merupakan kemenangan pertama Mawar di pentas ABPBH selepas beberapa kali tercalon.

Pada tahun 2020, Mawar telah memulakan bisnes jualan produk kecantikan sendiri iaitu Mawarose. Beliau sangat bersyukur kerana pada tahun 2022, ada reseller yang sudah mencapai hasil jualan sebanyak RM 1 juta. Atas pencapaiannya yang cemerlang, Mawar juga telah dianugerahkan Kelantan Business Ikon Award dan 100 TOP YOUNG CEO 2021.

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai Mawar Rashid, sila ikuti laman Instagram @mawarashid.

Baca Juga : Biodata Amelia Henderson, Pelakon Cantik Kacukan India-Scotland

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!