Drama Luruhnya Bunga Cinta : Sinopsis, Trailer Rasmi, Pelakon

Mulai 19 September 2023, penggemar drama tempatan bakal disajikan dengan drama adaptasi Korea ‘Autumn In My Heart’ iaitu Luruhnya Bunga Cinta menerusi slot Akasia TV3.

Drama ini diarahkan oleh Muhamad Riza Baharudin yang sebelum ini merupakan pengarah bagi Drama Aku Yang Kau Sakiti.

Luruhnya Bunga Cinta

Sinopsis Luruhnya Bunga Cinta (Adaptasi K-drama Autumn In My Heart)

Drama berdurasi 40 episod ini mengisahkan kisah cinta Nuh (Redza Rosli) dan Nuha (Tracie Sinidol). Kisah mereka berdua bermula ketika zaman kanak-kanak lagi iaitu apabila Nuh secara tidak sengaja menjatuhkan kad nama kakaknya sehingga tertukar dengan bayi lain.

Beberapa tahun berlalu, Nuh meningkat ke usia remaja bersama ‘adiknya’, Nuha tanpa mengetahui status mereka yang sebenar.

Di sekolah, Nuha adalah salah seorang pelajar yang popular dan dicemburui oleh rakan sekelasnya, Aara (Auni Yusri). Aara adalah seorang gadis yang pintar namun jarang mendapat perhatian daripada guru mahupun rakan sekelasnya.

Pada suatu hari, satu insiden telah terjadi kepada Nuha sehingga dia terpaksa melakukan pemindahan darah. ketika itu, status sebenar Nuha terbongkar. Adakah insiden itu bakal mengubah hidup Nuh dan Nuha dan apa yang bakal terjadi dengan hubungan mereka?

Apa pula pembaharuan atau kelainan yang bakal drama ini sajikan buat penggemar k-drama terkenal Autumn In My Heart?

Yang tak pernah tengok drama ini dalam versi Korea, anda boleh tengok serba sedikit trailer dan video penerangannya di bawah:

Kalau nak tahu, jangan lupa untuk tonton drama Luruhnya Bunga Cinta bermula 19 September 2023.

Luruhnya Bunga Cinta

Trailer Rasmi

Jom sama-sama kita saksikan trailer rasmi bagi drama ini.

Barisan Pelakon

Berikut dikongsikan senarai pelakon serta watak yang bakal mereka mainkan dalam drama ini.

PelakonWatak
Redza RosliNuh
Tracie SinidolNuha
Bella LunaAleen
Aniq DurarAwal
Nabila RazaliSarah
Auni YusriAara
Iman SuhanaKhalsom
Luruhnya Bunga Cinta

Di samping itu, drama bergenre romantik ini juga akan menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Shah Rezza, Laila Nasir, Eizlan Yusof, Zila Bakarin, Watie Sadali, Raja Azm dan Hafiz Halim.

Waktu Siaran Drama Luruhnya Bunga Cinta

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama terbaru ini. Waktu siarannya adalah seperti berikut :

Tarikh Mula Tayangan : September 2023

Waktu Siaran : Setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam

Saluran : TV3

Online Streaming : Tonton / IQIYI

Tahu tak, boleh menonton pelbagai rangkaian drama Korea melalui pelbagai saluran langganan seperti Viu, Netflix, Disney Hotstar dan lain-lain. Tak ada Smart TV? Jangan risau, guna TV Stick ni, settle problem.

Baca Juga : K-Drama A Time Called You (Sinopsis, Barisan Pelakon, Review)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!