Biodata Mierul Aiman, Pelakon High Council, Hero Remaja 2021

Nama Mierul Aiman melonjak naik selepas drama Projek : High Council terbitan Astro menjadi tular di kalangan penggemar drama tempatan.

Walaupun masih baharu dalam industri lakonan, namun ramai yang memuji bakat semulajadi Mierul yang membawakan watak Nur Fakhri bin Firdaus Ismet dalam drama tersebut.

biodata Mierul Aiman

Fenomena drama yang turut dibintangi oleh wajah-wajah baharu seperti Amir Ahnaf dan Nadhir Nasar ini cukup luar biasa.

Ramai yang turut memuji bakat profesional serta mutu lakonan pelakon-pelakon baharu ini meskipun rata-rata drama ini merupakan kemunculan pertama mereka di kaca televisyen.  

Kini, kemunculan Mierul Aiman dalam drama terbaharu Astro, Imam Instant Ustazah Scammer menjadi trending di media sosial.

Memegang watak sebagai Ronaldo, drama komedi ini menggandingkan beliau bersama pelakon popular lain seperti Hun Haqeem, Qasrina dan Mira Filzah.

Nak kenali pelakon yang terkenal dengan trademark ‘rahang lelaki’ ini? Jom kita semak serba sedikit latar belakang serta biodata Mierul Aiman.  

biodata Mierul Aiman

Baca Juga : Projek : High Council (Sinopsis, Senarai Pelakon, Review)

Biodata Mierul Aiman, Pelakon Projek : High Council

Nama Penuh : Muhammad Amirul Aiman bin Norazman

Nama Komersial : Mierul Aiman

Tarikh Lahir : 14 Julai 1998

Asal : Putrajaya

Umur : 25 tahun (2023)

Adik beradik : Anak kedua daripada 5 orang adik beradik

Ketinggian : 178 cm

Pendidikan :

  • Sekolah Menengah Sains Selangor
  • Ijazah Sarjana Muda, Kejuruteraan Mekanikal Universiti Selangor (UNISEL) Bestari Jaya

Instagram : @mierulaiman

biodata Mierul Aiman
Kredit : Kosmo!

Perjalanan Karier

Sebelum menyertai Hero Remaja 2021, Mierul Aiman dikatakan telah menceburkan diri dalam bidang peragaan sejak tahun 2016 lagi.

Atas bakat lakonan serta karismanya yang memukau, Mierul Aiman berjaya menyandang gelaran juara bagi program tersebut.

Menerusi Projek : High Council, beliau turut digandingkan dengan peserta Hero Remaja yang seangkatan dengannya iaitu Amir Ahnaf dan Fazziq Muqris.

Sementara itu, Nadhir Nasar dan Hazeeq Dean yang turut membintangi drama bersiri tersebut pula merupakan finalis Hero Remaja bagi tahun sebelumnya.

Lakonan pertama Mierul Aiman adalah menerusi telefilem Hierarki arahan Boy Fareed Sharif pada tahun 2021. Telefilem tersebut turut menampilkan 11 lagi finalis Hero Remaja pada tahun itu.

Beliau turut membintangi filem pendek iaitu Villa Rosly bersama Shaza Bae, Mia Sara dan Akmal Asyraf.

Filem pendek yang diarahkan oleh Nadhir Nasar itu telah dipilih sebagai finalis bagi acara BMW Shorties 2022.

Memiliki bakat semulajadi dalam bidang peragaan, Mierul juga turut dipilih sebagai duta bagi jenama pakaian tradisional terkenal, Bulan Bintang.

Dengan populariti yang diraih selepas drama bersiri Projek : High Council, ramai yang menantikan lakonan Mierul Aiman pada masa akan datang.

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai Mierul Aiman, jangan lupa ikuti laman Instagram beliau di @mierulaiman.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!