Biodata Ahn Bo Hyun, Pelakon & Kekasih Jisoo Blackpink

Khabar yang mengatakan anggota kumpulan Blackpink iaitu Jisoo sedang menjalinkan hubungan dengan pelakon popular Ahn Bo Hyun cukup mengejutkan penggemar dunia hiburan K-Pop.

Agensi masing-masing iaitu YG Entertainment dan FN Entertainment juga telah mengeluarkan kenyataan untuk mengesahkan berita tersebut.

Meskipun wajah beliau sering muncul di kaca televisyen, namun masih ada yang belum kenali latarbelakang pelakon kacak ini.

Ayuh kita semak biodata Ahn Bo Hyun dan perjalanan karier beliau untuk menempa nama sebagai aktor Korea bertaraf global seperti yang kita kenali sekarang ini.

Ahn Bo Hyun

Biodata Ringkas Ahn Bo Hyun

Nama Penuh : Ahn Bo Hyun

Tarikh Lahir : 16 Mei 1988

Tempat Lahir : Busan, Korea Selatan

Pendidikan : Busan Sports High School, Daekyung University

Tinggi : 1.88 meter

Instagram : @bohyunahn

Youtube : Bravo Hyun

Lakonan Ahn Bo Hyun

 Filem

  • Memories of a Dead End (2019)
  • Dokgo Rewind (2018)
  • Hiya (2016)

Drama

  • See You in My 19th Life  (2023)
  • Adamas (2022)
  • Yumi’s Cells S2 (2022)
  • Military Prosecutor Doberman (2022)
  • Yumi’s Cells ( 2021)
  • My Name (2021)
  • Kairos (2020)
  • Itaewon Class (2020)
  • Her Private Life (2019)
  • Descendants of The Sun (2016)
  • Hide and Seek (2018)
  • Wednesday 3.30 PM (2017)
  • Sisters-in-law (2017)
  • Girls’ Generation 1979 (2017)
  • My Runway (2016)
  • After The Sow Ends (2016)
  • The Dearest Lady (2015)
  • My Secret Hotel (2014)
  • Two Mothers (2014)
  • Golden Cross (2014)

Anugerah

  1. Pelakon Baru Terbaik MBC Drama Awards 2020
  2. Rising Star Actor Korea First Brand Awards 2020
  3. Rising Star Actor of The Year Brand of The Year Awards
  4. Choice Award, Best Emotive Award (Actor) Asia Artist Awards 2020
  5. Excellence Award, Actor in an OTT Drama APAN Star Awards 2022
Ahn Bo Hyun

Perjalanan Karier

Pasti ramai yang tak tahu sebenarnya Ahn Bo Hyun dulu bergelar peninju dan pernah memenangi pingat emas selepas menamatkan pengajian dari sekolah sukan.

Setelah itu, beliau juga pernah menjadi model dan sempat mengikuti akademi permodelan.

Pelakon kacak dan tinggi lampai ini memulakan karier dalam bidang lakonan agak lambat iaitu pada usia 26 tahun.

Pertama kali beliau muncul di televisyen adalah pada tahun 2014 menerusi drama bergenre romantik seram iaitu Golden Cross. Pada tahun yang sama, beliau telah muncul dalam dua drama lain iaitu Two Mothers dan My Secret Hotel.

Namun, lakonan Ahn Bo Hyun mula mendapat perhatian apabila beliau tampil dalam drama popular Descendants of The Sun. Walaupun wataknya tidak begitu besar, namun drama tersebut telah membuatkan Ahn Bo Hyun semakin menyerlah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

 Lakonan beliau dalam drama Netflix Itaewon Class menjadikan nama Ahn Bo Hyun semakin terkenal di serata dunia. Dalam drama tersebut, ramai yang memuji watak antagonis yang dimainkan oleh pelakon kelahiran Busan itu.

Sejak itu, ramai yang menanti-nantikan kemunculan Ahn Bohyun dalam drama dan movie dari Korea Selatan.

Ahn Bo Hyun

Pada tahun lalu, beliau tersenarai di kedudukan keeempat dalam Top 16 Hallyu Best Actor oleh Elle Japan.

Tak lama lagi, Ahn Bo Hyun akan muncul di drama terbarunya iaitu Gold Spoon yang bergenre romantik komedi.

Seterusnya, beliau juga akan muncul dalam filem terbaru iaitu 2 O’Clock Date yang dijangka bakal ditayangkan pada tahun 2023.

Berikutan skandal yang terpalit pada pelakon Kim Seon Ho tidak lama dahulu, Ahn Bohyun telah dipilih untuk mengambil tempat bagi watak utama filem tersebut di samping pelakon dan penyanyi popular, Im Yoona.

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai pelakon ini, sila ikuti laman Instagram beliau di pautan : @bohyunahn

Baca Juga : Biodata Amir Ahnaf, Pelakon Projek : High Council

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!