Tema Maulidur Rasul 1444H /2022M Malaysia

Pada setiap tahun mengikut kalender Islam iaitu pada 12 Rabiulawal adalah tarikh penting bagi seluruh umat Islam. Kerana ianya adalah tarikh Maulidur Rasul dalam Islam iaitutarikh memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi. Setiap tahun adalah unik. Sudah pasti ramai yang tertunggu apakah tema maulidur rasul 1444H /2022M Malaysia bukan?

Di Malaysia, sambutan Maulidur Rasul merupakan antara amalan yang lazim diraikan sebagai salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW.

Antara sambutan dan pengisian yang selalu di adakan adalah seperti perarakan sepanduk yang dihias dengan kalimah-kalimah ayat berzanji, diiringi dengan selawat dan puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW. Selain itu juga diakan program-program majlis ilmu, forum perdana, dan pengisian yang berkaitan dengan sirah Nabi Muhammad SAW.

Program-program ini juga dibuat secara besar-besaran. Dari peringkat kampung, daerah, negeri dan juga peringkat kebangsaan

Tema Maulidur Rasul 1444H/2022M

Pada tahun ini, sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC) pada 9 Oktober 2022 (Ahad).

Tema sambutan Maulidur Rasul 1444H/2022M kali ini adalah “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”.

Acara sambutan ini juga akan mendapat liputan siaran langsung dan dapat ditonton melalui saluran televisyen dan radio utama pada hari sambutan

Ringkasan Kisah Hidup Nabi Muhammad S.A.W

Nabi Muhammad di lahirkan sekitar tahun 570 (dalam kalendar Masihi). Bapa saudaranya telah membesarkan baginda selepas ibu bapanya meninggal dunia semasa baginda masih kecil. Nabi Muhammad bermula dengan menceburi bidang perdagangan dan penggembalaan.

Baginda mula berdakwah sekitar umur 40. Akhirnya, baginda dan pengikut-pengikutnya yang berjumlah sekitar sepuluh ribu berjaya menguasai Mekah. Nabi Muhammad meninggal dunia akibat keuzuran pada 632 selepas menyatukan Tanah Arab kepada sebuah entiti Muslim tunggal.

Tarikh Cuti  Maulidur Rasul 2022 Di Malaysia

CUTI MAULIDURRASUL 2022 jatuh pada tarikh berikut:

  • 9/10/2022 – AHAD (12 Rabiulawal 1443H)
  • 10/10/2022 –ISNIN (Semua Negeri cuti umum, kecuali Johor,Kedah, Kelantan & Terengganu)
  • Untuk makluman, Maulidurrasul adalah cuti umum bagi SEMUA negeri di Malaysia

Sejarah Sambutan Maulidur Rasul

Sebagai mukadimah, dinyatakan dalam kitab Al-Bidayah wa al-Nihayah 13/136 al-Allamah Ibn Kathir antara lain beliau memuji Raja al-Muzaffar yang telah menyambut majlis Maulid al-Rasul secara besar-besaran dengan berkata: “Adalah Raja Muzaffar menganjurkan Maulid Syarif pada Rabi’ul Awal dan membuat perhimpunan secara besar-besaran.

Disamping itu, beliau adalah seorang yang berhati bersih, bersemangat, berani, mempunyai semangat keperwiraan, cerdik, alim, adil. Semoga Allah merahmatinya dan memuliakan kuburnya.” Dinukilkan di sini daripada beberapa kitab bagaimana para penyair di kalangan sahabat dan lainnya memuliakan Baginda SAW samada di hadapannya atau melalui syair-syair mereka. Antaranya:

Al-Abbas bersyair: “Di kala dikau dilahirkan, bumi bersinar terang hingga jelas pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahayamu dan kami dapat terus melangkah lantaran kerana terangnya cahaya dan jalan yang terpimpin.” Lihat al-Mustadrak ala al-Sahihain.

Hasan bin Thabit banyak menggubah syair di hadapan Rasulullah SAW dan para Sahabat Baginda. Isu ini seringkali menjadi polemik dalam kalangan sarjana Islam.

Hukum Sambutan Maulid Nabi Menurut Mufti

Tarjih

Mengikut keputusan dan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, sambutan Maulid al-Rasul adalah harus dan termasuk dalam bid’ah hasanah tetapi hendaklah dengan meraikan beberapa syarat utama, antaranya:

  • Pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah.
  • Tiada percampuran lelaki dan perempuan.
  • Menutup aurat.
  • Tiada unsur maksiat.
  • Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun. Alhamdulillah terdapat banyak kitab yang kita dapat manfaat untuk mengenali dan makrifah Rasulullah SAW. Antaranya:
    • Kitab al-Rahiq al-Makhtum oleh Syeikh Safiyurrahman al-Mubarakfuri
    • Kitab Sirah Nabawiyyah oleh Ibn Hisham
    • Kitab al-Syamail al-Muhammadiyyah oleh Imam al-Tirmizi
  • Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya seperti:
    • Kitab Fiqh al-Sirah oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali
    • Kitab Fiqh al-Sirah oleh Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti
    • Kitab Al-Sirah al-Nabawiyyah Durus wa ‘Ibar oleh Syeikh Dr. Mustafa al-Siba’ie
    • Kitab Al-Manhaj al-Haraki li al-Sirah al-Nabawi oleh Syeikh Dr. Munir al-Ghadban dan lain-lain
  • Disemarakkan dengan berselawat kepada Nabi SAW. Antara kelebihan selawat yang sahih sebagaimana sabda Nabi SAW:

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ، وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ
“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”
(Riwayat al-Nasa’i, no. 1297)

Berhubung lafaz selawat yang afdhal, maka antaranya ialah riwayat dalam Sahih al-Bukhari no. 2497 dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA yang menceritakan bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Nabi SAW tentang bagaimana cara berselawat kepada beliau. Baginda menjawab dengan mengatakan: “Katakanlah

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

  • Meraikan kegembiraan dan kesyukuran kelahiran Baginda SAW dengan bersedekah kepada fakir miskin. Sebagai mengukuhkan kenyataan ini, suka saya petik pendapat Imam Abu Syamah. Antara lain berkata: “Termasuk perkara baru atau bid’ah yang dilakukan pada masa kita iaitu sambutan setiap tahun pada hari kelahiran Baginda SAW dengan bersedekah, melakukan yang ma’ruf, menzahirkan perhiasan dan kegembiraan. Maka sesungguhnya disamping itu, melakukan ihsan kepada golongan fakir miskin adalah tanda kecintaan dan memuliakan Rasulullah SAW dalam hati orang yang menyambutnya. Begitu juga merupakan tanda kesyukuran kepada Allah kerana diutus-Nya Rasulullah SAW sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam.”

Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Semoga dengan Tema Maulidur Rasul 1444H/2022M “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran” akan membawa makna dan memberi kesan kepada penyatuan dan perpaduan kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!