Semakan Temuduga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 (FASA 3)

Semakan Temuduga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 (FASA 3) ~ Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah membuat hebahan panggilan temu duga bagi Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara one-off tahun 2021 (FASA 3) semalam iaitu, pada 3 November 2021. 

Untuk pengetahuan anda, sesi temuduga telah dilaksanakan secara berfasa dan berperingkat bermula 8 September 2021 yang lalu.

Untuk semakan panggilan temuduga pula boleh dibuat mulai 3 September 2021 bagi Fasa 1, 3 Oktober bagi Fasa 2 dan terkini, 3 November bagi Fasa 3. 

Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), temuduga ini melibatkan calon graduan dan Bakal Graduan Pendudukan sama ada lepasan universiti awam, swasta ataupun luar negara yang melepasi tapisan yang telah ditetapkan.

Selain itu, setiap calon hanya akan dipanggil temuduga sekali sahaja mengikut pilihan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41

TERKINI: Tarikh Semakan Status Panggilan Temuduga Spp Fasa 3

Anda boleh menyemak panggilan temuduga bagi Fasa 3 di Portal SPP bermula pada 3 November 2021. Panggilan Temuduga Fasa 3 ini adalah berdasarkan pilihan-pilihan seperti berikut: 

  • Agroindustri Tanaman
  • Agroindustri Ternakan Poultri
  • Agroindustri Ternakan Ruminan
  • Bakeri dan Pastri
  • Bioteknologi
  • DINI
  • Florikultur
  • Hortikultur
  • Kosmetologi
  • Insurans
  • Pendidikan Awal Kanak – Kanak
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral
  • Pengurusan Peruncitan
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Seni Kulinari
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Enjin Marin
  • Teknologi Kimpalan (Kimpalan dan Fabrikasi Logam);
  • Teknologi Mekanisasi Agro;
  • Teknologi Pembinaan;
  • Teknologi Pemesinan Industri;
  • Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara; dan
  • Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian.

Cara Membuat Semakan

Sekiranya anda pernah memohon dan ingin membuat semakan, sila ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Layari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) melalui pautan berikut:

2. Masukkan ID dan kata laluan anda untuk Log Masuk

3. Ikuti arahan selanjutnya yang dipaparkan dan klik, “Semak Status” untuk mengetahui status panggilan temuduga anda sekiranya anda layak.

Penting: Adalah diingatkan bahawa calon-calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga manakala calon yang tidak melepasi tapisan tidak akan mendapat panggilan.

Untuk menyemak keputusan temuduga pula, anda boleh semak keputusan melalui pautan berikut; https://semakan.spp.gov.my/semakan/

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh layari; https://www.spp.gov.my/

Atau, rujuk kenyataan penuh di laman web rasmi dan media sosial rasmi SPP seperti yang disenaraikan berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!