Logo & Tema Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2022
Apakah tema dan logo hari kebangsaan Malaysia 2022 ? Seperti tahun-tahun yang sudah, pada tahun ini Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ telah dipilih untuk menjadi tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022.
Tema ini di pilih kerana ianya selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia. Ia diperkenalkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa hari ini.
Maksud Logo & Tema Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2022
Selain mengingati hari bersejarah kemerdekaan negara kita Malaysia, sudah menjadi kebiasan menjelang hari kebangsaan dan hari Malaysia, kerajaan akan mengeluarkan logo dan tema baru yang menjadi simbolik kepada hasrat kerajaan pada tahun tersebut yang ingin di angkat untuk menjadi aspirasi seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama berdiri bersama kerajaan Malaysia mendukung aspirasi terebut
Tema & Rasional Tema Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2022
Pemilihan adalah selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia
Keluarga Malasyia
- Merujuk kepada masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran
Teguh
- bermaksud kukuh, kuat dan erat
Bersama
- membawa maksud bersama-sama beserta atau bergandingan
Manakala frasa TEGUH BERSAMA
- mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif serta mampan
Maksud Logo
Logo Berkonsepkan Jalur Liputan Internet
- Melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.
Tiga Jalur Biru, Merah Dan Kuning
- Merupakan cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni.
Titik Merah
- Melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan.
Kedudukan Yang Berselang-Seli
- Melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.
Muat Turun Kit Logo Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2022
Di sini disertakan kit logo dan manual yang anda boleh download untuk tujuan promosi dan kegunaan acara rasmi
Sumber : http://merdeka360.my/
Boleh muat turun di sini:
Jenis Format | Muat Turun |
---|---|
.JPG | Muat Turun |
.TIFF | Muat Turun |
.AI | Muat Turun |
Maklumat Lanjut
Logo & Tema Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2022 di keluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, sebarang pertanyaan anda boleh hubungi ;
Bahagian Media dan Komunikasi Korporat
Jabatan Penerangan Malaysia
Aras 10, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia,
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya.