Cara Beli Tiket Bas di TBS Online (TBS-BTS)

Anda sering merantau ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas? Bagi yang sudah biasa, anda pasti faham kesukaran ketika beratur membeli tiket mahupun menebus tiket yang dibeli secara online.

Jika di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada waktu itu tidak ramai, masih boleh lagi untuk anda menunggu sebentar.

Namun, jika barisan terlalu panjang dan kawasan terminal padat dengan penumpang lain, memang lambatlah anda naik bas jawabnya. Silap-silap boleh sampai terlepas bas yang anda sepatutnya naik.

Dengan adanya kemudahan TBS Online, anda tak perlu runsing lagi. Urusan pembelian tiket bas anda dapat dilakukan dengan lebih pantas dan mudah.

Bukan sahaja anda boleh beli tiket secara online, malah platform ini juga membolehkan anda mendapatkan pas QR untuk anda imbas masuk ke ruang perlepasan.

Tak perlu bersusah payah untuk beratur lagi.

Ingin tahu caranya? Ayuh kita semak cara beli tiket bas di TBS Online.

tbs online

Cara Beli Tiket Bas di Aplikasi TBS Online (TBS-BTS)

  • Muat turun aplikasi TBS Online di TBS-BTS melalui Google Playstore atau Apple App Store.
  • Seterusnya, anda perlu daftarkan akaun anda untuk mula buat pembelian.
  • Pilih tarikh perjalanan, masa, lokasi perlepasan dan destinasi.
  • Kemudian, pilih bilangan penumpang.
  • Seterusnya, pilih jenis trip sama ada secara sehala atau pergi balik.
  • Pilih tempat duduk mengikut kekosongan yang ada.
  • Akhir sekali, lakukan bayaran secara online.
tbs online

Ciri-Ciri Lain Aplikasi TBS-BTS

Selain menawarkan kemudahan pembelian tiket bas online, aplikasi ini juga membolehkan pengguna untuk :

  • Semak status transaksi
  • Sejarah pembelian tiket bas
  • Pas pelepasan kod QR (penumpang hanya perlu scan kod QR yang disediakan gate masuk, tak perlu beratur untuk print tiket bas).

Cara Beli Tiket di Laman Web eTicketing TBS Online

Selain di aplikasi, anda juga boleh membeli tiket secara online di laman web eTicketing TBS Online. Cara-caranya adalah seperti berikut :

  1. Layari laman web eTicketing TBS di alamat https://eticketing.tbsbts.com.my/
  2. Klik “Sign Up” di bawah borang log masuk
    • Pengguna pertama perlu mendaftarkan akaun untuk melihat dan menyimpan segala transaksi pembelian tiket.
    • Bagi yang sudah mempunyai akaun, anda boleh terus log masuk.
  3. Pilih tarikh perjalanan, lokasi perlepasan dan destinasi.
  4. Pilih bilangan penumpang.
  5. Pilih jenis trip (sehala atau pergi balik).
  6. Pilih tempat duduk mengikut kekosongan.
  7. Lakukan bayaran secara dalam talian.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan TBS Online, sila hubungi talian +603-90512000.

Anda juga boleh menghantar aduan atau ajukan pertanyaan melalui e-mel ke [email protected].

Untuk ketahui perkembangan terkini dari Terminal Bersepadu Selatan, sila ikuti laman Facebook Terminal Bersepadu Selatan – OFFICIAL.

Baca Juga : Bantuan Tiket Kapal Terbang Laluan Domestik Bagi Pelajar IPT

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!