Contoh Surat Perjanjian Sewa Kenderaan Yang Mudah & Lengkap

Bagi mereka yang mempunyai kenderaan dan ingin menyewakan kereta tersebut kepada orang lain, maka Surat Perjanjian Sewa Kenderaan perlu disediakan terlebih dahulu sebelum kenderaan tersebut diserahkan kepada penyewa kereta.

Surat perjanjian ini adalah sebagai dokumen yang memberikan kebenaran untuk penyewa kenderaan untuk menggunakan kenderaan tersebut dalam tempoh tertentu.

Lazimnya, kenderaan yang biasa disewa oleh orang awam adalah kenderaan ringan seperti kereta dan motosikal.

Walaupun penyewaan tersebut dilakukan dalam tempoh yang singkat, namun surat perjanjian perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang masalah timbul seperti kerosakan, kemalangan, dan sebagainya.

Oleh kerana itu, surat perjanjian ini mesti disediakan oleh tuan kenderaan sebelum menyerahkan kenderaan kepada penyewa.

Kepentingan Surat Perjanjian

Surat perjanjian ini penting bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara berikut:

  1. Mengelakkan penyewa tidak bertanggungjawab terhadap kenderaan yang disewa.
  2. Menyatakan butiran mengenai tanggungjawab kedua-dua belah pihak.
  3. Mengenal pasti identiti penyewa kenderaan terbabit.

Tanggungjawab Tuan Kenderaan & Penyewa

Dalam penyewaan kenderaan, kedua-dua pihak mempunyai tanggungjawab sebelum membuat perjanjian penyewaan kenderaan iaitu:

i) Tanggungjawab Tuan Kenderaan

  1. Memastikan cukai jalan dan insurans adalah masih dalam tempoh.
  2. Memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang elok dan boleh digunakan.
  3. Memastikan kereta dalam keadaan yang bersih.

ii) Tanggungjawab Penyewa

  1. Memastikan kederaan digunakan dalam keadaan yang elok dan baik.
  2. Menyerahkan semula kenderaan dalam tempoh yang ditetapkan.
  3. Tidak menggunakan kenderaan tersebut untuk tujuan jenayah.
  4. Bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan terhadap kenderaan tersebut.

Butiran Surat Perjanjian

Dalam Surat Perjanjian Sewa Kenderaan, terdapat beberapa butiran yang perlu ditulis di dalam surat perjanjian ini iaitu:

  1. Nama penyewa
  2. Nama tuan Kenderaan
  3. No kad pengenalan penyewa
  4. Alamat penyewa
  5. Jenis/model kenderaan
  6. No. Pendaftaran kenderaan
  7. Tempoh sewaan
  8. Kadar sewaan
  9. Tanggungjawab penyewa
  10. Tandatangan penyewa

Contoh Surat Perjanjian

Contoh Surat Perjanjian Sewaan Kenderaan yang boleh digunakan sebagai panduan adalah seperti berikut:

i) Contoh surat perjanjian 1

ii) Contoh surat perjanjian 2

Bacaan Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyewaan kenderaan terutamanya sewaan kereta, sila ikuti video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=Bpgu5CbepKg.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!