Tawaran Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan SBBU 2022

Tawaran Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan SBBU 2022 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan kini dibuka untuk permohonan.

Baca Juga : Pengambilan Pegawai Kadet ATM 2022 Untuk Lepasan Ijazah

Apakah Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan ( SBBU 2022 ) ?

SBBU merupakan skim kebajikan yang diberikan dalam bentuk kewangan atau peralatan sokongan kepada anggota atau ahli keluarga terdekat yang menghidap sebarang penyakit atau kecederaan yang dihadapi.

Ini sekaligus dapat meringankan beban keluarga anggota dalam menguruskan pembiayaan bantuan perubatan yang diperlukan untuk rawatan kesihatan.

SBBU 2022

Tarikh Permohonan SBBU 2022

Untuk makluman, tarikh permohonan telah dibuka pada 1 Mac 2022 dan akan ditutup pada 1 April 2022.

Syarat Kelayakan

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera sahaja.
  • Telah menjadi anggota Koperasi Tentera selama 3 tahun dan ke atas.
  • Tidak menamatkan keanggotaan Koperasi Tentera dalam tempoh permohonan.
  • Bagi permohonan suami dan isteri (anggota Koperasi Tentera), hanya 1 permohonan sahaja yang layak diterima.
  • Keutamaan diberikan kepada anggota atau ahli keluarga terdekat (isteri/suami/ibu/bapa/anak) yang menghidapi penyakit kronik berlarutan.
  • Permohonan terhad hanya seorang sahaja pesakit yang layak dimohon dalam satu keluarga.

Cara Memohon

Permohonan skim bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  • Isi borang permohonan yang diberikan dengan lengkap dan betul.
  • Sediakan dokumen yang diperlukan.
  • Hantar borang permohonan bersama dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:

Koperasi Tentera

Wisma Koperasi Tentera

No.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat

53000 Kuala Lumpur

(Untuk Perhatian: Projek Khas Keanggotaan)

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

i) Pemohon

  • Salinan MyTentera (Anggota ATM)
  • Salinan MyKad (Awam/Pesara)
  • Salinan Surat Pengesahan Akaun Bank

ii) Pesakit

  • Salinan Mykad
  • Surat Perubatan Terkini dari Hospital/Klinik
  • Salinan Kad Kebajikan OKU (Bagi Pesakit OKU)

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan mengenai SBBU 2022 , sila hubungi Koperasi Tentera di talian 1-300-8000-58 atau kunjungi cawangan Koperasi Tentera berhampiran. Semoga bantuan ini dapat memberi manfaat kepada ahli keluarga anggota koperasi sebaiknya.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!