Borang Permohonan Dana (Emp Ihsan) Entrepreneur Mentorship Programme Ihsan Negeri Perak

Permohonan Dana (EMP Ihsan) Entrepreneur Mentorship Programme Ihsan khusus untuk usahwan bumiputera Negeri Perak merupakan program oleh Ekuiti Nasional Berhad yang di laksanakan di bawah kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIPk) dan seketeria Usahawan Negeri Perak (STep).

Iltizam Bersama Ekuinas

Sebuah program tanggungjawab social koprat Ekuiti Nasional Berhad diilhamkan daripada keazaman, semangat dan kegigihan individu yang ingin mendorong pembaharuan dan merealisasikan transformasi yang berkesan

Dana EMP Ihsan

Sebuah program bantuan kewangan one-off kepada usahawan micro yang terjejas pendapatan perniagaan akibat pandemic COVID-19. Di bawah teras Keusahawan ILTIZAM yang dikenali sebagai Enterprenueur Mentorship Programme (EMP), EMP Ihsan adalah satu program kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak

Baca juga : Permohonan Dermasiswa Yayasan Perak Dalam Dan Luar Negara

Tarikh permohonan

Permohonan dibuka bermula 27 Januari sehingga 9 Februari 2022 sahaja.

Kriteria kelayakan :

  • Perniagaan 100% dimiliki oleh bumiputera;
  • Berdaftar dengan SSM atau PBT atau mana-mana pihak pihak berkuasa di lokaliti pemohon;
  • Perniagaan dijalankan secara sepenuh masa;
  • Pemohon adalah asnaf / bekas asnaf / golongan usahawan B40 yang terjejas pendapatan akibat pandemikCovid19; dan
  • TIDAK PERNAH menerima mana2 bantuan dari Kerajaan Persekutuan atau Negeri Perak sebelum ini (cth: Geran
  • Khas Prihatin-GKP, Geran Usahawan Perak-GeRUP, one off dll bantuan tunai).

Terma dan syarat :

  • Keperluan modal perniagaan (pembelian bahan mentah);
  • Modal perniagaan baru (setelah kegagalan perniagaan asal akibat impak Covid19); dan
  • Bantuan perbelanjaan operasi (pembelian peralatan, pembayaran gaji pekerja, pembayaran bil eletrik, air dan lain-lain yang difikirkan layak oleh jawatankuasa kelak).
  • Pastikan anda memuatnaik dokumen-dokumen yahg diperlukan sebagai bukti pemprosesan iaitu :

  1. Salinan Akaun Bank Atas Nama Pemohon;
  2. Kad pengenalan pemohon dan pasangan (yang berkahwin);
  3. Salinan SSM (jika ada);
  4. Salinan Lesen PBT/Surat Pengesahan dari Agensi Berkenaan;
  5. Sebut harga peralatan yang hendak dibeli;
  6. Gambar Premis/Tangkapan Skrin Kedai Atas Talian; dan
  7. Resit – resit dan bukti lain berkaitan.

Borang permohonan

Permohonan adalah secara atas talian. Borang permohonan boleh di isi menerusi oautan berikut ;

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfs3UD3KJXv1fj0Xkc5xn24u1Pl2i5E_EbsH-_0zkf9CKsQ0Q/viewform

Maklmumat lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai borang Permohonan Dana Emp Ihsan Negeri Perak boleh dikemukakan terus kepada urusetia MAIPk dan STeP berikut :

– Hotline MAIPk 0195711384.

– Puan Hazlien 01112503001

– En Aiman 0134003947

– Cik Aliaa 0142526246

– Cik Azwin 0124618792

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!