MySafe Travel | VTL-Land: Info Penting Perjalanan Malaysia-Singapura

MySafe Travel | VTL-Land: Info Penting Perjalanan Malaysia-Singapura ~ Berikutan kadar vaksinasi di Malaysia dan Singapura telah mencapai 95% untuk populasi dewasa, peluang untuk merentas sempadan dibuka semula secara berperingkat. 

Bermula 29 November 2021, satu kerjasama di antara Malaysia dan Singapura diadakan bagi melancarkan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin  – Laluan Darat (VTL-Land). 

Inisiatif ini adalah bertujuan untuk melancarkan pergerakan merentas sempadan; tanpa kuarantin, integrasi protokol kesihatan, keselamatan dan kelulusan imigresen. 

MySafe Travel

Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin  – Laluan Darat (VTL-Land)

Kuota bagi VTL-Land yang dipersetujui oleh Malaysia & Singapura adalah maksimum 1,500 orang sahaja untuk peringkat permulaan dan dihadkan untuk pengangkutan bas sahaja. Syarat utama adalah, lengkap vaksin untuk warga Malaysia & Singapura. 

MySafe Travel

MySafe Travel

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertanggungjawab untuk membuat kutipan bagi fi ujian pengesanan COVID-19 dan kos kuarantin daripada pengembara yang memasuki Malaysia melalui pintu masuk antarabangsa.

MyEg Services Sdn Bhd melalui sistem yang dibangunkan (MySafe Travel) telah dilantik oleh KKM untuk membuat kutipan fi ini untuk  mempercepatkan proses kutipan dan mengurangkan penggunaan tunai. 

Jadi, sekiranya anda berhajat untuk merentas sempadan Malaysia-Singapura, anda perlu menggunakan sistem MySafe Travel ini. 

MySafe Travel

Cara Menggunakan MySafe Travel-VTL

Layari laman web rasmi MySafe Travel di pautan ini: https://mysafetravel.gov.my/

  • Anda boleh memohon bermula 26 November 2021
  • Melalui sistem tersebut, semua warganegara asing adalah diwajibkan membuat bayaran fi ujian pengesanan COVID-19 dan kos kuarantin melalui MySafeTravel, manakala warganegara Malaysia boleh menggunakan sistem tersebut untuk membuat bayaran ujian pengesanan COVID-19.
  • Pastikan anda membuat bayaran sebelum mendarat di Malaysia; Ini adalah bagi menyokong dasar Kerajaan untuk mewujudkan Cashless Society di Malaysia dengan merancakkan penggunaan e-pembayaran dan mengurangkan pembayaran secara tunai. 

Kaedah Pembayaran MySafe Travel 

Fi ujian pengesanan COVID-19 dan kos kuarantin ini boleh dibayar melalui kaedah online (e-payment) menggunakan kad kredit/debit (FPX, AMEX, VISA dan Mastercard). 

Sistem ini dibangunkan dengan teknologi PHP Laravel Framework dan diintegrasikan dengan aplikasi mudah alih MyQR by MyEG serta sistem portal admin (dashboard) untuk kegunaan pentadbir sistem di KKM, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan MyEG.

Segala ketetapan pada MySafeTravel adalah mengikut arahan-arahan terkini daripada pihak Kerajaan khususnya KKM dan NADMA.

Anda juga boleh membuat pembayaran melalui tunai, namun tidak digalakkan. 

Cara Pendaftaran

Sebelum anda membeli tiket, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu. 

MySafe Travel

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk senarai pautan di bawah:

Butiran lanjut mengenai VTL-Land: 

MySafeTravel FAQ :

Info VTL-Land:

Bantuan Hotline :  03-7664 8838 / [email protected]

Sila Rujuk: [Kenyataan Rasmi Media Malaysia-Singapura]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!