Skim Inapan Kasih ZPP Bantuan Binaan Rumah Asnaf Fakir Miskin
Permohonan Skim Inapan Kasih Zakat Pulau Pinang (ZPP) bantuan binaan rumah golongan asnaf fakir miskin di Pulau Pinang dibuka sepanjang masa.
Ianya adalah salah satu insiatif pihak Zakat Pulau Pinang membantu menyediakan tempat tinggal yang selesa kepada Asnaf Fakir / Miskin . Selain itu inya juga sebagai salah satu penyelesaian masalah miskin tegar di negeri Pulau Pinang dengan menyediakan kediaman baru kepada Fakir /Miskin.
Apa Itu Skim Inapan Kasih Zakat Pulau Pinang (ZPP)
Ianya adalah penjenamaan baharu bantuan bina rumah asnaf yang kini dikenali sebagai Skim Inapan Kasih.
Penjenamaan semula itu meliputi model kediaman konsep terkini yang lebih moden dengan keluasan 800 kaki persegi.
Tujuan penjenamaan semula adalah untuk menzahirkan kesungguhan ZPP dalam menunaikan amanah pembayar zakat dengan baik.
Kita sentiasa menjaga amanah pembayar zakat dan antaranya adalah dengan membina rumah yang berkualiti dan sesuai untuk didiami asnaf. Selain itu, ZPP juga memberikan skim agihan yang terbaik kepada asnaf sebagai hak yang sepatutnya dimiliki oleh mereka.
Skim Inapan Kasih ini merupakan titik tolak kepada pemerkasaan agihan zakat yang menjadi agenda utama pemerkasaan asnaf oleh ZPP.
Model Rumah Skim Inapan Kasih
- Konsep moden
- Keluasan 800 kaki persegi
- 3 bilik
- 2 bilik air
Tempoh Siap
50 hari. Bergantung kepada perkara-perkara lain seperti hal berkaitan tanah seperti mendapatkan status sebenar tanah yang mungkin akan mengambil sedikit masa.
Syarat Permohonan
- Memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat.
- Pemohon / isteri atau mana-mana ahli keluarga masih belum mempunyai rumah sendiri atau rumahnya yang sedia ada dalam keadaan yang terlalu daif.
- Pemohon hendaklah mengemukakan surat akuan bersumpah bagi mengesahkan yang beliau tidak mempunyai rumah lain.
- Pemohon / ketua keluarga mestilah pemastautin dan menetap sekurang-kurangnya 5 tahun di negeri Pulau Pinang. Bagi kes-kes yang kurang dari 5 tahun, syarat-syarat berikut mestilah dipatuhi:
- Ibu / bapa pemohon berasal dari Pulau Pinang.
- Pemohon lahir di Pulau Pinang.
- Rumah yang diduduki pemohon bukan hak milik sendiri.
- Permohonan hanya akan dipertimbangkan untuk tapak cadangan (tanah) yang berada di Pulau Pinang sahaja.
- Pendapatan seisi keluarga tidak melebihi RM1,200.00 sebulan.
- Pemohon mestilah mempunyai tanah sendiri atau mendapat kebenaran bertulis (surat sumpah) daripada pemilik tanah berkenaan yang diperaku oleh pesuruh jaya sumpah.
- Sekiranya tanah dimiliki banyak penama, pemohon mestilah mendapatkan persetujuan bersumpah semua penama.
- Sekiranya pemilik tanah tidak dapat dikenalpasti, pemohon mestilah mendapat sokongan daripada pihak kariah.
- Permohonan mestilah dikemukakan bersama dokumen-dokumen sokongan berikut:
- Salinan dokumen hak milik tanah (geran mukim/daftar sementara/borang 14A/surat kelulusan pejabat tanah).
- Surat kebenaran bersumpah tuan tanah.
- Salinan kad pengenalan tuan tanah
- Bagi pemohon yang bekerja, penyata terkini KWSP perlulah disertakan
- Zakat Pulau Pinang berhak menolak permohonan daripada pemohon yang mempunyai imej negatif di kalangan jiran-jiran dan penduduk setempat
- Had umur 40 tahun dan ke atas kecuali OKU atau berpenyakit kritikal
- Mempunyai tanggungan sekurang-kurangnya 3 orang ( 4 orang isirumah).
- Pemohon yang mempunyai kenderaan yang selesa atau masih membayar ansuran kenderaan melebihi RM250 sebulan tidak layak dipertimbangkan bantuan ini.
- Pemohon yang mampu melanggan astro / mempunyai alat penghawa dingin tidak layak dipertimbangkan
- Zakat Pulau Pinang berhak menolak permohonan pemohon yang telah memiliki rumah yang lain
Cara Permohonan
- Permohonan mestilah mendapat sokongan dan perakuan daripada Jawatankuasa Kariah tempat tinggal pemohon.
- Siasatan akan dilakukan ke kediaman semasa pemohondan tapak rumah yang dicadangkan. Semua maklumat berkaitan kesihatan, pendapatan, keadaan keluarga dan keadaan rumah pemohon perlu dilaporkan oleh Pegawai Penyiasat beserta dengan gambar untuk pertimbangan pihak pengurusan.
- Dokumen permohonan yang memenuhi syarat kelayakan akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan Rumah Zakat Pulau Pinang untuk penelitian dan kelulusan.
- Pembinaan bagi permohonan yang berjaya akan dibuat oleh kontraktor yang dilantik oleh Zakat Pulau Pinang.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai Skim Inapan Kasih, anda boleh hubungi ;
Kaunter Perkhidmatan Zakat
Ibu Pejabat Bandar Perda
No.4 Jalan Perda Selatan
Bandar Perda,14000 Bukit Mertajam,
Website : https://v2.zakatpenang.com/bantuan-binaan-rumah/
Tel : 04-5498088
Faks : 04-5306466