Tawaran Bantuan Komputer Riba UUM 2022 : Program Iqra’ Untuk Pelajar Sarjana Muda
Tawaran Bantuan Komputer Riba UUM 2022 : Program Iqra’ Untuk Pelajar Sarjana Muda UUM ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi bantuan komputer riba melalui Program Iqra’ kini dibuka untuk semua pelajar Sarjana Muda Universiti Utara Malaysia (UUM).
Program ini merupakan inisiatif Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Hal Ehwal Pelajar UUM (SSSD), HEP UUM dengan kerjasama Tabung Haji. Pelajar yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon sebelum tarikh tutup.
Baca Juga : Sumbangan Laptop & Tablet Agro Digital Untuk Warga Tani Selangor
Tarikh Tutup Permohonan
Untuk makluman, tarikh tutup permohonan bantuan adalah pada 25 Mac 2022.
Syarat Kelayakan Bagi Tawaran Bantuan Komputer Riba UUM 2022
Calon perlulah tepati syarat-syarat kelayakan yang telah digariskan seperti berikut :
1. Dari keluarga B40
2. Beragama Islam
3. Bermula semester Dua (2) sehingga Lima (5)
4. Memperoleh CGPA 3.00 ke atas
5. Aktif dalam kegiatan mana-mana Kelab & Persatuan/Pusat Pengajian dan Penginapan Siswa Pelajar (diutamakan)
6. Mendapat persetujuan/kelulusan daripada Pengetua INASIS
Maklumat Pemilihan
Pemohon juga perlu ambil maklum mengenai pemilihan calon seperti berikut :
1. Pemilihan akan dinilai melalui temuduga.
2. Keputusan penilaian adalah muktamad.
3. Permohonan dianggap gagal jika tiada sebarang panggilan dalam tempoh satu bulan.
4. Jumlah bantuan yang diberikan adalah tertakluk kepada sumbangan atau tajaan yang ada.
Cara Memohon
Pelajar yang berkelayakan boleh memohon bantuan ini secara atas talian melalui pautan berikut :
PERMOHONAN BANTUAN LAPTOP 2022 PROGRAM IQRA’ TH
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD) di talian :
04 – 9284 083 / 014 – 679 1007 (En Shahadat)
04 – 9284 089 / 012 – 415 5717 (Puan Rosnaliza)
Alamat Emel : [email protected]
Semoga bantuan ini dapat memberi kemudahan kepada pelajar UUM untuk melanjutkan pengajian pada waktu pandemik.