Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan 2022

Permohonan bagi Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan 2022 telah dibuka. Bantuan ini khusus untuk  membantu mahasiswa dan mahasiswi daripada golongan B40 dan juga asnaf. Kerajaan negeri melalui Yayasan Negeri Sembilan menawarkan bantuan berupa komputer riba.

Komputer riba menjadi keperluan utama kepada mahasiswa dan mahasiswi di menara gading. Tambahan pula, dalam tempoh PKP yang dilaksanakan sejak Mac 2020 yang lalu suasana pembelajaran telah berubah daripada kebiasaan. Kekangan untuk menghadiri kuliah secara bersemuka menjadikan pembelajaran secara atas talian sebagai norma baharu.


Dengan adanya inisiatif ini, diharap dapat membantu mahasiswa dalam mengikuti kelas di atas talian, pembelajaran dan pengajaran dari rumah dan sebagainya.

 

Baca juga : Tawaran Bantuan Komputer Riba UUM 2022 : Program Iqra Untuk Pelajar Sarjana Muda

Syarat -Syarat Permohonan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan

Berikut beberapa kriteria dan syarat yang layak di pertimbangkan untuk  menerima bantuan ini;

  1. Anak kelahiran Negeri Sembilan ( no kad pengenalan 05 /31 / 59) atau bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi  telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari lapan (8) tahun  ( sila kemukakan sijil  berhenti sekolah rendah dan menengah)
  2. Pendapatan isi rumah B40 terkini (sila kemukakan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang telah disahkan)
  3. Pelajar IPTA / POLITEKNIK  yang masih belajar di peringkat pengajian , DIPLOMA dan IJAZAH sahaja (pelajar sepenuh masa).
  4. Pelajar tahun pertama  (1) sahaja (sila kemukakan surat pengesahan belajar)
  5. Sekiranya terdapat dua permohonan atau lebih dalam satu keluarga, hanya satu pemohon sahaja yang akan menerima bantuan ini sekiranya layak.

Dokumen Diperlukan

Berikut pula senarai dokumen yang diperlu di muat naik  semasa membuat permohonan adalah :

  1. Sijil kad pengenalan.
  2. Surat tawaran belajar.
  3. Surat pengesahan belajar.
  4. Sijil berhenti sekolah Darjah 6 atau Tingkatan 5.
  5. Penyata gaji bapa.
  6. Surat pengesahan pendapatan bagapa (sekiranya tidak mempunyai slip gaji / tidak bekerja).
  7. Penyata gaji ibu.
  8. Surat pengesahan pendapatan ibu (sekiranya tidak mempunyai slip gaji / tidak bekerja).
  9. Salinan kad pengenalan bapa.
  10. Salinan kad pengenalan ibu.

Cara Permohonan

Untuk permohonan bantuan ini, hanya boleh dibuat secara atas talian.  Langkah-langkah permohonan adalah berikut iaitu:

  1. Sila layari pautan berikut http://bit.ly/BantuanKomputerRibaYNS.
  2. Pastikan anda telah membaca syarat permohonan dan klik butang ‘Next.’
  3. Isikan maklumat yang diperlukan seperti dalam borang permohonan dan klik butang ‘Next.’
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Peringatan kepada pemohon untuk mengelakkan sebarang masalah sila pastikan perkara berikut;

  • Maklumat yang tidak lengkap akan ditolak
  • Semua Dokumen sokongan yang telah disahkan perlu di muatnaik di ruangan yang disediakan
  • Dokumen yang tidak mempunyai pengesahan akan ditolak
  • Permohonan yang tidak menepati syarat-syarat di atas akan ditolak

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai Permohonan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan ini , sila layari laman web https://www.yns.gov.my/v7/ms atau anda boleh terus buat panggilan di talian 06-762 8046.

 

Baca juga : Skim Pinjaman Komputer Pelajar MARA (SKIPMA) 2022

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!