Bantuan Khas MAINPP Untuk Peniaga Pasar Hari / Pasar Malam
Bantuan Khas MAINPP Untuk Peniaga Pasar Hari / Pasar Malam ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi bantuan khas MAINPP untuk pengusaha pasar hari atau pasar malam Pulau Pinang kini dibuka. Bantuan zakat ini dianjurkan khas oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama EKUINAS.
Sumbangan bantuan ini adalah salah satu inisiatif yang dilaksanakan sebagai tambahan modal pusingan (pasca Covid-19) dan juga bagi merancakkan semula ekonomi tempatan.
Baca Juga : BKSS Penjaja 8.0 | Bantuan Geran One-off Peniaga Kecil RM1000 (Sarawak Pay)
Tarikh Permohonan
Untuk makluman, permohonan dibuka bermula 28 Mac 2022 hingga 8 April 2022
Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Khas MAINPP
Pemohon perlulah memenuhi syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :
- Pemohon mesti memenuhi syarat umum bantuan zakat
- Pemohon wajib mempunyai lesen perniagaan SSM dan lesen PBT
- Belum menerima bantuan Ekuinas 1 dan 2 sebelum ini
- Tergolong dalam asnaf adalah diutamakan
- Perniagaan atau berniaga sendiri merupakan sumber utama pendapatan keluarga
- Suami berpendapatan rendah / kematian suami / suami dan isteri bergaji kecil untuk menambah pendapatan keluarga.
- Pemohon terputus modal atas sebab munasabah seperti mempunyai ramai tanggungan yang masih belajar atau anak / isteri tidak sihat.
Cara Memohon
Borang permohonan boleh didapati di mana-mana kaunter perkhidmatan zakat yang berhampiran dengan anda sekarang.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan info lanjut mengenai bantuan zakat ini, sila hubungi talian terus 011- 2872 4558 (Bahagian Keusahawan Asnaf ZPP). Warga Pulau Pinang juga boleh ikuti laman Facebook rasmi Zakat Penang untuk perkembangan terkini.