Permohonan PDP-PAKK : Program Diploma Perguruan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Berita baik buat guru tadika yang sedang berkhidmat, PDP PAKK merupakan salah satu inisiatif berterusan KPM dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara, khususnya dalam pendidikan prasekolah.

Program Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) dibuka khusus kepada guru yang sedang berkhidmat di tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini ditawarkan di kampus terpilih Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

Permohonan untuk ambilan sesi Oktober 2022 akan mula dibuka pada 26 Julai 2022 (Selasa) sehingga 26 Ogos 2022 (Jumaat). 

Apa itu PDP-PAKK : Program Diploma Perguruan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

pdp pakk

Program ini dibuka khas kepada guru yang sedang berkhidmat di tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini khusus untuk melatih guru tadika swasta dalam perkhidmatan, bagi mendapatkan kelayakan akademik minimum Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK).

Program pengajian yang ditawarkan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan ikhtisas dan menyediakan pengalaman bagi membolehkan guru tadika swasta mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan. Program ini ditawarkan di kampus terpilih Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

PDP-PAKK ini merupakan salah satu inisiatif berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara, khususnya dalam pendidikan prasekolah.

Syarat Kelayakan

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Sihat tubuh badan.
  • Sedang berkhidmat serta mengajar di tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Syarat Akademik

  • Memiliki kelulusan SPM/ SPM(V)/ SPVM/ SMA/ SMU dengan tiga kepujian dalam satu sijil atau gabungan dua sijil dalam tempoh tiga tahun berturut-turut serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris; atau
  • Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran atau yang setaraf dengannya serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atau
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang- kurangnya gred Maqbul serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atau

Bagi pemohon yang TIDAK MEMENUHI KESEMUA SYARAT AKADEMIK DI ATAS, HENDAKLAH SEKURANG-KURANGNYA: Lulus ujian penilaian Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) yang dikendalikan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM

Maklumat Program PDP-PAKK

Program ini bermatlamat untuk melahirkan guru Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang terlatih, dinamik, berwibawa dan kompeten dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik.

Tarikh Permohonan

Permohonan untuk ambilan sesi Oktober 2022 akan mula dibuka pada 26 Julai 2022 (Selasa) sehingga 26 Ogos 2022 (Jumaat).

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian untuk program ini adalah 2 tahun / 6 Semester

Baca juga : Rumah Siswa : Portal Carian Rumah Sewa Untuk Pelajar IPT

Struktur Yuran

Bagi sepanjang tempoh pengajian, yuran keseluruhan berjumlah RM8060.00 sahaja. Bayaran yuran pengajian per semester adalah seperti berikut:

  • Semester 1 (RM1470.00)
  • Semester 2 (RM1020.00)
  • Semester 3 (RM1020.00)
  • Semester 4 (RM1020.00)
  • Semester 5 (RM1020.00)
  • Semester 6 (RM2280.00)

Jumlah Bayaran Yuran Pengajian Semester 1 hingga 6: RM7,830.00

Yuran Pendaftaran dan Insuran (Semester 4): RM230.00

Jumlah Keseluruhan Yuran: RM8,060.00

Pembiayaan Program PDP-PAKK

Kos pengajian bagi program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta (guru tadika swasta) sendiri atau pengusaha tadika swasta.

Lokasi Pusat Pengajian Program Diploma Perguruan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Institut Pendidikan Guru (IPG) berikut telah dipilih sebagai pusat pengajian bagi program ini. Walau bagaimanapun, penawaran kampus adalah tertakluk kepada bilangan pelajar yang memohon.

ZON UTARA

  • IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang

ZON TENGAH

  • IPG Kampus Bahasa Melayu, WP Kuala Lumpur

ZON SELATAN

  • IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan
  • IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka
  • IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor

ZON TIMUR

  • IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang

ZON SARAWAK

  • IPG Kampus Batu Lintang, Sarawak
  • IPG Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak

ZON SABAH

  • IPG Kampus Gaya, Sabah
  • IPG Kampus Tawau, Sabah
  • IPG Kampus Keningau, Sabah

Cara Permohonan Program PDP-PAKK

Sila pastikan anda telah membuat salinan lembut (softcopy) dokumen-dokumen berikut terlebih dahulu. Salinan dokumen ini perlu dimuat naik dalam borang pendaftaran:

Dokumen diperlukan

  • i) Salinan Kad Pengenalan (depan sahaja) 
  • ii) Salinan Surat Lantikan Guru/Surat Pengesahan Guru daripada majikan  
  • iii) Salinan Sijil Sijil SPM/ SPM(V)/ SPVM/ SMA/ SMU/STPM/STAM  
  • iv) Salinan Sijil APEL (sekiranya ada)  
  • v) Salinan Permit Mengajar Yang Sah

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan melalui pautan https://forms.gle/QhwPnqhscSkeSSRK6

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai PDP PKK anda boleh layari https://bit.ly/pdppakk atau Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1

63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)

No. Telefon: 03-8312 6720/ 6733 / 6693 /6731 /6768 /6760

E-mel: [email protected]

Soalan Lazim (F.A.Q)

Adakah selepas saya tamat pengajian, saya akan diserapkan dalam ambilan guru prasekolah Kerajaan?

Pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan kompetensi Guru Tadika Swasta yang sedang berkhidmat. Selepas tamat pengajian, guru akan kembali berkhidmat ke Tadika Swasta sebelum ini/sedia ada.

Adakah saya layak memohon pinjaman pendidikan untuk program ini? (Contoh: MARA, PTPTN)

Tidak layak.

Mod program ini adalah sepenuh masa, adakah kelas akan diadakan hanya pada hujung minggu atau cuti persekolahan?

  • Pengajian Program Diploma Perguruan Pendidikan Awal Kanak-kanak (PDP PAKK) dilaksanakan secara sepenuh masa. Pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (PdP) adalah secara pembelajaran teradun (Blended Learning) yang merangkumi interaksi bersemuka secara fizikal dan interaksi secara dalam talian (tidak segerak).
  • PdP interaksi bersemuka fizikal (Kuliah/Tutorial/Amali/Lain-lain) akan dijalankan pada cuti persekolahan atau cuti hujung minggu di IPG kampus.
  • Interaksi dalam talian (tidak segerak) melibatkan interaksi PdP secara pembelajaran terarah (guided learning) yang dilaksanakan sepanjang semester pengajian.

Adakah program ini mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)?

Ya

Adakah saya dibenarkan untuk membuat penangguhan pengajian?

Pelajar dibenarkan untuk membuat penangguhan pengajian maksimum satu tahun (3 semester) dan satu kali sahaja sepanjang tempoh pengajian. Antara sebab pengangguhan yang boleh dipertimbangkan adalah:

i) Mengandung

ii) Masalah kesihatan

iii) Kes Keselamatan

Adakah yuran yang telah dibayar untuk satu-satu semester akan dikembalikan semula sekiranya saya gagal menamatkan semester tersebut?

Jawapan:

Tidak. Yuran tidak akan dikembalikan sekiranya pelajar tidak menamatkan pengajian dalam satu semester.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!