Geran JWKS – Bantuan One-off Untuk Wanita Sarawak

Geran JWKS 2023, terdiri daripada Bantuan Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak (KIRWaS), Geran Pemerkasaan NGO & Geran Modal Pemerkasaan Wanita.

Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak membuka permohonan berbentuk geran JWKS 2023 khusus kepada golongan usahawan wanita kategori B40 dalam bentu kewangan dan juga bagi mereka yang hendak mula berniaga, tetapi juga bagi yang memerlukan peralatan.

Selain daripada itu, JKWS juga turut menyediakan latihan kemahiran secara talian dan secara bersemuka bawah bidang jahitan, kulinari, kecantikan, spa dan urut.

Geran (JWKS) Jabatan Wanita & Keluarga Sarawak

Geran Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) 2023, ialah program bantuan bagi usahawan wanita dari kategori B40 yang hendak mula berniaga dan juga bagi yang sedang berniaga dan memerlukan peralatan yang lebih besar untuk mengembangkan perniagaan.

Bagi tahun 2023, JWKS menyediakan tiga jenis geran. Iaitu Bantuan Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak (KIRWaS), Geran Pemerkasaan NGO & Geran Modal Pemerkasaan Wanita

Bantuan Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak (KIRWaS)

geran jwks kriswas

Bantuan ini khusus bagi membantu golongan sasar, iaitu ketua isi rumah wanita dan/atau ibu tunggal. 

Penerima bantuan KIRWaS yang layak, akan menerima bantuan tunai bernilai Ringgit Malaysia Lima Ratus sahaja (RM500.00) untuk seorang penerima.

Syarat Kelayakan Bantuan KIRWaS

Syarat dan Kriteria Permohonan adalah seperti berikut ;

  •  Pemegang kad pengenalan berstatus “K” atau isteri kepada pemegang kad pengenalan berstatus “K”; 
  • Wanita Sarawak berumur 18 tahun dan ke atas; 
  • Usahawan Ibu Tunggal atau Ketua Isi Rumah Wanita; dan 
  • Menghantar borang yang LENGKAP diisi beserta LAMPIRAN yang disahkan. 
  • Berpendapatan isi rumah di antara RM1,169.00 – RM4,849.00 dan bukan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Nota: 

i. Ibu Tunggal merujuk kepada: 
   a) ibu yang telah bercerai; atau 
   b) balu; atau 
   c) wanita yang mempunyai anak jagaan yang berdaftar. 

ii. Ketua Isi Rumah Wanita (sole bread winner of family)  

Dokumen Sokongan

Permohonan perlulah disertakan dengan dokumen-dokumen berkaitan seperti berikut ;

1. Kad Pengenalan depan dan belakang (Mesti dalam satu page sama ada berwarna atau hitam putih); 

2. Muka Depan Buku Bank atau Salinan Penyata Akaun Bank (Mesti jelas NAMA BANK, NO. AKAUN, NAMA PENUH & NO. IC); dan

3. Sijil Cerai atau Sijil Kematian atau Surat Pengesahan sebagai Ketua Isi Rumah yang disahkan oleh Ketua Kampung/Ketua Kaum/pegawai yang boleh mengesah (Sila Rujuk Syarat Permohonan) (SEMUA DOKUMEN ADALAH WAJIB DILAMPIRKAN)

4. Penyata Pendapatan 

5. Dokumen-dokumen yang berkaitan 

(Contoh: Surat Pengesahan Bujang namun mempunyai anak Jagaan/Surat OKU/etc)

(SIla pastikan gambar adalah JELAS dan BOLEH DIBACA serta salinan kad pengenalan depan belakang dalam satu gambar.)

Cara Permohonan Bantuan KIRWaS

Permohonan boleh dibuat secara online dengan mengisi borang berikut ;

https://forms.gle/4MoFAdmraG85vM2X8

Geran Pemerkasaan NGO

geran jwks 2023 ngo

Geran ini khusus untuk menyokong badan bukan kerajaan (NGO) yang berusaha memperkasakan wanita dan keluarga di Sarawak. Geran itu boleh digunakan untuk menampung pelbagai perbelanjaan, seperti pembangunan program, latihan, dan pembinaan kapasiti.

Syarat Permohonan Geran JWKS Pemerkasaan NGO

  • Mempunyai maklumat pendaftaran NGO yang sah
  • Borang 3 -akta pertubuhan 1966 dan telah beroperasi sekurang-kuragnya enam (6) bulan daripada tarikh permohonan
  • Pendaftaran organisasi yang masih sah dan maklumat penyata akaun ngo

Skop program /aktivit yang layak dipertimbangkan

  • Ekonomi dan kepimpinan
  • Pemantapan institusi keluarga
  • Hak-hak wanita

Syarat penganjuran program /aktiviti

  • Dianjurkan di dalam negeri Sarawak
  • Keutamaan dan penglibatan penyertaan wanita dan komuniti setempat
  • Program/aktiviti mampu memberi impak kepada masyarakat setempat
  • Geran yang disalurkan JKWS mesti digunakan utk program/aktiviti mengikut kertas cadangan yang diluluskan pada tahun semasa
  • Mempamerkan logo Sarawak State Crest dan Logo Jabatan di dalm apa-apa jua bentuk bahan-bahan promosi
  • Mengemukakan laporan lengkap selepas dua minggu program

Cara Permohonan Geran JWKS Pemerkasaan NGO


1.Pemohon perlu menghantar surat rasmi dan kertas cadangan
mengikut format yang ditetapkan (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris);

2.Pemohon boleh memuat turun format kertas cadangan dan laporan program melalui link ini:

a)LAMPIRAN 1
b) FORMAT LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM
(maklumat seperti sasaran peserta, butiran terperinci
anggaran kos penganjuran, aturcara dan tarikh pelaksanaan adalah wajib diisi)

3.Mengemukakan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  • a) Borang 3 – Akta Pertubuhan 1966 dan telah beroperasi sekurang-kurangnya selama enam (6) bulan daripada tarikh permohonan; dan
  • b) Penyata Akaun Pertubuhan/Persatuan
  • c)Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada Pengarah:

Pengarah,
Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak,
Wisma Wanita,
Jalan Bakti Off Jalan Sultan Tengah,
Petra Jaya,
93050 Kuching, Sarawak.

  • d) Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan urusetia Bahagian Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Bahagian Pengupayaan Kapasiti Wanita dan Keluarga.
  • e) Keputusan permohonan Geran Pemerkasaan NGO akan dimaklumkan melalui Surat Makluman.

Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak

geran jkws 2023 modal pemerkasaan wanita sarawak

Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak adalah salah satu daripada bantuan Kerajaan Negeri melalui JWKS untuk golongan sasar B40 iaitu usahawan wanita Sarawak khususnya. Geran ini merupakan bantuan berbentuk kelengkapan perniagaan berjumlah RM2,000 untuk seorang penerima.

Syarat Kelayakan

  • Pemegang kad pengenalan berstatus “K” atau isteri kepada pemegang kad pengenalan berstatus “K”.
  • Usahawan wanita Sarawak berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Had maksimum geran yang diberikan adalah RM2,000.00 sahaja bagi seorang usahawan.
  • Berpendapatan di bawah RM4,849.00.
  • Mengemukakan borang yang lengkap diisi beserta salinan dokumen yang

Nota: Salinan dokumen terdiri daripada sebut harga barang/ kelengkapan perniagaan daripada pembekal yang sahih.

Dokumen Sokongan

  • Borang permohonan yang lengkap diisi.
  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Salinan penyata gaji/pencen/surat akuan sumpah pendapatan sendiri. (sekiranya ada)
  • Salinan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. (sekiranya ada) Salinan sijil pendaftaran perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia. (sekiranya ada)
  • Salinan Penyata Akaun/ Muka Depan Buku Bank yang JELAS dan boleh DIBACA.
  • Sebut harga barang/ kelengkapan perniagaan daripada pembekal yang sahih.

Maklumat Lanjut Geran JWKS

Sekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Geran JWKS 2023, anda boleh hubungi ;

  • 1. Puan Nur Diana
  • 2. Cik Sharifah Nurul Fatihah

No. Tel: 082-512666

Laman web : https://jwks.sarawak.gov.my

Baca juga : EFS : Bantuan Bayi Baru Lahir Sarawak RM1000

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!