Contoh Slip Gaji : Butiran dan Cara Buat Slip Gaji Sendiri
Adakah anda sedang tercari-cari contoh slip gaji untuk dijadikan rujukan? Sekiranya anda bekerja dengan majikan, tiada masalah.
Yang menjadi isu adalah di kalangan pemilik bisnes dan yang berniaga atau bekerja sendiri. Apakah maklumat yang perlu ada dalam payslip dan bagaimana cara untuk buat slip gaji sendiri?
Jom ikuti perkongsian kami untuk ketahui cara untuk buat slip gaji serta butiran yang wajib ada dalam dokumen tersebut.
Baca Juga : Gaji Penjawat Awam 2023 Jadual & Tarikh Bayaran
Apa Itu Slip Gaji?
Slip gaji adalah satu dokumen tanda bukti atas gaji atau pembayaran untuk seorang pekerja. Slip gaji bakal menjelaskan butiran gaji seseorang secara terperinci dari tempat kerja.
Tidak seperti penjawat awam yang mempunyai sistem epenyata gaji yang boleh dirujuk secara online, pekerja yang berniaga sendiri atau pekerja sambilan tidak mempunyai slip gaji sendiri.
Disebabkan tiada rekod pendapatan atau slip gaji, maka mereka sukar untuk buat pembelian aset, harta atau mohon pinjaman dari bank. Jadi, sebesar mana sekalipun pinjaman, bank tetap tidak akan memberi kelulusan.
Slip gaji juga adalah dokumen yang berharga kerana pihak bank lebih cenderung untuk berikan pinjaman kepada pemohon yang berstatus ‘makan gaji’.
Bagi pihak bank, pemohon dengan slip haji juga mempunyai pendapatan yang lebih terjamin.
Maklumat Wajib Ada Dalam Slip Gaji
Setiap syarikat mempunyai format slip gaji yang berbeza. Ia bergantung kepada maklumat yang ingin diisi serta aplikasi yang digunakan ketika menyediakan slip gaji buat pekerja.
Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu ada dalam slip gaji :
- Maklumat Syarikat
Antara maklumat syarikat yang wajib dinyatakan adalah nama, nombor pendaftaran syarikat serta alamat syarikat.
- Maklumat Pekerja
Butiran seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan jawatan dalam syarikat perlu ada dalam slip gaji.
- Maklumat Gaji
Maklumat gaji secara terperinci perlu dinyatakan termasuk jumlah gaji pokok, elaun, caruman EPF, SOCSO dan butiran lain yang berkaitan.
- Cop Syarikat
Slip gaji juga perlu disahkan dengan cop syarikat yang sahih.
Cara Buat Slip Gaji Online
Sekiranya anda bekerja sendiri, tak semestinya anda tidak boleh membuat slip gaji sendiri. Kini, anda boleh sediakannya dengan mudah secara online mengikut format slip gaji standard.
Anda boleh buat payslip sendiri secara percuma di pautan berikut : slip-gaji.com
Contoh Slip Gaji
Antara contoh slip gaji yang anda boleh jadikan panduan adalah seperti berikut :
Tips Khas Untuk Pemilik Bisnes / Bekerja Sendiri
Bagi yang bekerja sendiri, anda boleh ikuti panduan seperti berikut :
- Daftarkan bisnes anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Buat cop rasmi bisnes (digunakan untuk semua tujuan rasmi)
- Buka Akaun Semasa syarikat di bank pilihan anda. Akaun bank syarikat adalah penting sebagai bukti aliran tunai (cashflow) yang baik dalam membuat pinjaman pada pihak bank.
- Tetapkan gaji yang diinginkan mengikut kemampuan syarikat
- Daftar syarikat sendiri dengan KWSP. Buat caruman KWSP untuk diri sendiri. Buat masa sekarang caruman sendiri adalah sebanyak 11%, manakala caruman majikan adalah 13%.
- Slip gaji perlu dibuat setiap bulan mengikut mana-mana format slip gaji standard.
- Buka fail dengan LHDN untuk syarikat sendiri dan failkan cukai pendapatan peribadi. Lebih besar pendapatan yang diperoleh, lebih besar cukai yang perlu dibayar.
Kesimpulannya, slip gaji adalah dokumen penting yang dapat memudahkan urusan anda.
Bagi yang bekerja atau berniaga sendiri, anda boleh lakukannya sendiri secara atas talian. Anda juga boleh rujuk contoh slip gaji yang kami sediakan sebagai rujukan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba!