Malaysia Persiapkan 294 Atlet Negara Untuk Sukan Asia 2023

Untuk temasya Sukan Asia 2023, Malaysia akan menghantar 294 atlet bagi bersaing dalam 29 acara bagi 23 jenis sukan ke Hangzou, China pada bulan hadapan.

Ketua Kontinjen Negara (CDM) ke Sukan Asia, Datuk Chong Kim Fatt berkata, seorang atlet telah ditambah pada saat akhir iaitu atlet karate, Zakiah Adnan dan sekaligus melengkapkan kontinjen negara ke temasya yang bakal diadakan dari 23 September hingga 8 Oktober.

Pada masa yang sama 402 pegawai juga akan dibawa ke Hangzou.

Persiapan Awal Atlet Negara Untuk Sukan Asia 2023

Kim Fatt yang juga merupakan Presiden Persekutuan Wusyu Malaysia berkata tujuh atletnya akan berkampung selama sebulan di Beijing, China untuk fokus dan membuat persiapan rapi.

Katanya lagi, atlet negara perlu bersedia secara mental dan fizikal demi berdepan dengan atlet wusyu negara lain termasuk dari negara tuan rumah, Hong Kong, Macau dan Taiwan.

Sementara itu, Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) telah menyenaraikan 15 daripada 25 pemain ke Program Sukan Asia 2022 sebagai persediaan mengharungi temasya tersebut.

Sukan Asia 2023

Timbalan Presidennya, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, senarai nama tersebut mempunyai campuran pemain baharu dan senior bagi memastikan kesinambungan pemain berpengalaman diteruskan.

Pemilihan pemain juga dinilai berdasarkan prestasi semasa acara sukan sebelum ini iaitu Sukan SEA 2023, Liga Sepak Takraw 2022/2023 dan Kejohanan Dunia Piala Raja Thai 2023.

Kesemua pemain dilaporkan akan bertolak ke Ratchaburi, Thailand untuk berlatih di sana. Di samping itu, mereka juga akan turut serta dalam Kejohanan Piala Pattaya sebagai sebahagian persiapan ke Sukan Asia tidak lama lagi.

Pada masa yang sama, seramai 12 penerjun negara akan berada di China pada 15 Ogos sehingga 26 Ogos sebelum bergerak ke Hangzhou.

Sukan Asia 2023
Sumber : Utusan Malaysia

Berdasarkan perkongsian dari Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia, Andy Low berkata penerjun sensasi negara, Nur Dhabitah Sabri sedang menjalani proses pemulihan kecederaan dan belum 100 peratus sembuh.

“Mengenai keinginan Dhabitah beraksi dalam acara 10 meter platform, saya menyerahkan kepada jurulatih dan Dhabitah untuk berbincang”, ulas Andy.

Ayuh sama-sama kita berikan sokongan kepada atlet negara sempena Sukan Asia 2023 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai temasya sukan ini, sila ikuti laman Facebook rasmi KBSMalaysia dan 19th Asian Games Hangzhou 2022.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!