Pakej Bantuan Kerajaan Baru Akan Diumum Isnin / Selasa Ini

Semua sedia maklum PKP 3.0 tidak tamat esok malah disambung ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan kerajaan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyaatan terbaru hanya memberitahu PKP 3.0 fasa pertama akan diteruskan sehingga nilai ambang kurang 4,000 kes.

Jika dilihat Pelan Pemulihan Negara, kita dijangka memasuki Fasa ke-2 pada awal bulan Julai nanti.

Itu pun bergantung kepada pencapaian nilai ambang kes harian.

Kemungkinan besar peralihan fasa ini akan berlaku pada pertengahan Julai nanti.

“Sekarang mereka kata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dah nak tamat. Saya kata, mulai sekarang kita tak sebut PKP, tapi kita sebut kita berada dalam fasa, sekarang ini fasa pertama (PPN) sampai Julai mungkin pertengahan bulan dan sebagainya.

“Bukan kata 28 Jun tamat PKP, itu silap…kita masih di fasa pertama PPN dan akan lanjutkan sehingga cecah nilai ambang bawah 4,000 kes dengan kes di Unit Rawatan Rapi tidak lagi berada pada paras tenat dan vaksinasi ditingkatkan,” kata Muhyiddin, petik laporan Bernama.

Bantuan Kerajaan PKP 3.0

Dalam masa sama, kerajaan dijangka mengumumkan bantuan yang lebih komprehensif di bawah Fasa (Pertama) Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara yang merangkumi semua kumpulan masyarakat, sama ada esok atau pada Selasa.

“Kita faham bila di fasa begini (fasa pertama PKP 3.0) dan seterusnya sampai ke akhir tahun, semua tunggu apakah kerajaan akan tolong kumpulan yang terkesan? Kumpulan B40 dan M40 dah tentu (dibantu) termasuk dalam pemberian moratorium, kumpulan T20 juga ada (yang layak),” kepada pemberita selepas meninjau pusat pemberian vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di Petaling Jaya, hari ini.

Perdana menteri berkata bantuan yang akan diumumkan kali ini akan mengambil kira keperluan semua kumpulan yang terjejas wabak Covid-19, secara lebih komprehensif jika dibandingkan sebelum ini.

“Perinciannya akan saya maklumkan esok atau lusa supaya semua tahu di mana kita berada, tapi apa yang penting kita beri sokongan kepada semua kumpulan masyarakat,” katanya sambil membayangkan kemungkinan akan terdapat peningkatan dalam bantuan yang akan diberikan itu.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!