Semakan SSM OBA : Senarai Perniagaan Penipu Online Terkini

Terkini Suruhanjaya Syarikat Malaysia melancarkan SSM OBA atau SSM Online Business Alert ,yang merupakan insiaitif SSM untuk memberi kesedaran kepada orang awam untuk tidak mudah terpedaya dan tertipu dengan entity pernigaan yang tidak beretika.

SSM Online Business Alert menyediakan semakan senarai perniagaan penipu online, senarai syarikat scammer. Dengan adanya insiaitif yang disediakan ini, orang ramai kini boleh mendapatkan maklumat entiti perniagaan yang disyaki terlibat dengan penipuan atas talian.

Apa Itu SSM OBA SSM Online Business Alert

SSM OBA SSM Online Business Alert

Ianya merupakan satu inisiatif untuk memberi kesedaran awal kepada orang awam untuk tidak terpedaya dan tertipu dengan pelbagai entiti yang menjalankan perniagaan yang tidak beretika. SSM ingin menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan berwaspada semasa menjalankan sebarang urusan jual beli atau perkhidmatan yang ditawarkan di atas talian

Senarai Syarikat Disyaki Terlibat Penipuan

Berikut adalah senarai Laman sesawang / Media Sosial yang disyaki terlibat di dalam penipuan perniagaan atas talian merujuk kepada maklumat dalam fail aduan yang diterima. Sila berwaspada semasa berurusan dengan entiti berkenaan.

Senarai syarikat yang disyaki telibat dalam penipuan boleh disemak menerusi langkah berikut berikut:​

Nota : Sekiranya mana-mana entiti ingin memohon nama untuk dikeluarkan daripada senarai ini boleh membuat permohonan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia melalui emel : [email protected] untuk pertimbangan.

Selain itu juga, SSM OBA turut menyenaraikan laman-laman pembaharuan secara atas talian yang dikendalikan oleh pihak ketiga yang bukan dikawal selia oleh SSM.

SSM menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan berwaspada semasa menjalankan sebarang urusan jual beli atau perkhidmatan yang ditawarkan di atas talian.

Orang ramai perlu memastikan entiti perniagaan tersebut berdaftar dengan SSM.

Cara Membuat Laporan SSM OBA

Bagi individu yang mengalami kes penipuan boleh membuat laporan menerusi kaedah berikut:

  1. Buat laporan dengan menghantar email ke [email protected].
  2. Lampirkan alamat URL syarikat yang disyaki.
  3. Lampirkan bukti penipuan.
  4. Lampirkan laporan polis.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai SSM OBA, anda boleh layari laman https://www.ssm.com.my/ atau hubungi ;

SSM Contact Centre:

Tel: 03-7721 4000

​E-mail : enquiry[at]ssm.com.my

Baca juga ;

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!