Jadual  & Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Seluruh Malaysia 2022

Jadual  & Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Seluruh Malaysia 2022 ~ Tahun 2022 bakal menjelang tidak lama lagi. Sehubungan dengan itu, Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2022 telah diterbitkan menerusi Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) baru-baru ini. 

Berikut ialah Jadual  & Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Seluruh Malaysia bagi tahun 2022. 

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2022

Tarikh pembayaran gaji bulanan penjawat awam ditetapkan mengikut negeri masing-masing. Sila rujuk jadual di bawah.

BULANTARIKHHARICATATAN
Januari25.01.2022Selasa 
Februari25.02.2022JumaatTahun Baru Cina – 1 & 2 Februari 2022 (Selasa & Rabu)
Mac25.03.2022Jumaat 
April25.04.2022Isnin 
Mei25.05.2022RabuHari Raya Puasa – 3 & 4 Mei 2022 (Selasa & Rabu)
Hari Pesta Kaamatan – 30 & 31 Mei 2022 (Isnin & Selasa)
Jun24.06.2022JumaatHari Gawai – 1 & 2 Jun 2022 (Rabu & Khamis)
Julai25.07.2022IsninHari Raya Haji – 10 & 11 Julai 2022 (Ahad & Isnin)
Ogos25.08.2022Khamis 
September23.09.2022Jumaat 
Oktober18.10.2022SelasaHari Deepavali – 24 Oktober 2022 (Isnin)
November25.11.2022Jumaat
Disember19.12.2022IsninHari Krismas – 25 Disember 2022 (Ahad)
Sumber: Jabatan Akauntan Negara Malaysia

e-Penyata Gaji Penjawat Awam (Slip gaji online)

Sistem e-Penyata Gaji menyimpan Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan penjawat awam Persekutuan hanya untuk tempoh berikut sahaja:

  • 18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan
  • 7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan

Setiap individu/penjawat awam hendaklah memuat turun semua penyata gaji yang telah yang dikeluarkan (bagi tujuan simpanan) SEBELUM dilupuskan daripada sistem ePenyata Gaji & Laporan. 

Hal ini kerana, sebarang permohonan untuk mendapatkan semula e-Penyata SELEPAS tempoh tersebut adalah TIDAK DILAYAN.

Untuk mendapatkan e-Penyata Gaji, anda boleh layari laman web berikut: https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/

Selain itu anda juga boleh memuat turun aplikasi e-penyata gaji di App Store dan Play Store melalui carian “ePayslip JANM”. 

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia di pautan berikut untuk memuat turun PDF berkaitan;

gaji-penjawat-awam
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!