Bayaran One-Off RM 500 Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) 2022

Bayaran One-Off RM 500 Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) 2022 ~ Sukacita dimaklumkan bayaran one-off RM 500 akan disalurkan kepada pesara dan bekas polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) serta petugas polis yang berkhidmat pada zaman darurat.

Inisitatif ini sejajar dengan pengumuman kerajaan dalam Bajet 2022 bagi mengenang jasa anggota polis yang pernah berkhidmat semasa Era Insugensi Komunis bermula 12 Julai 1948 hingga 17 Oktober 1990.

Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan One-Off Pingat Jasa Pahlawan Negara

Bantuan One-Off ini adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  1. Merupakan seorang pesara atau bekas polis yang masih hidup
  2. Telah berdaftar melalui Sistem e-Pesara PDRM di pautan http://epesara.rmp.gov.my/
  3. Telah kemaskini maklumat selengkapnya dalam Sistem e-Pesara PDRM.
  4. Memenuhi syarat-syarat kelayakan tempoh perkhidmatan seperti dalam Statut PJPN bertarikh 3 Mac 2014.

Cara Mendaftar Di e-Pesara

Bagi yang pertama kali mendaftar, anda boleh ikuti panduan mudah di bawah :

  1. Layari portal e-Pesara di http://epesara.rmp.gov.my/
  2. Klik pada Log Masuk ePesara PDRM
  3. Klik pada pautan di bawah butang Log Masuk di “Klik sini untuk daftar”
  4. Isikan maklumat pedaftaran pengguna akaun selengkapnya.
  5. Setelah maklumat lengkap, klik butang Hantar yang terletak di bahagian bawah laman.
  6. Semak kata laluan sementara yang telah dihantar ke e-mail peribadi anda.
  7. Gunakan kata laluan yang telah diberikan untuk Log Masuk kali pertama.
Pingat Jasa Pahlawan Negara

Dokumen Yang Perlu Dimuatnaik

Pesara dan bekas polis yang ingin kemaskini maklumat dalam Sistem e-Pesara PDRM perlulah muat naik dokumen seperti berikut secara atas talian :

Dokumen Diperlukan Untuk Pesara Polis

  • Salinan Kad Pengenalan Awam
  • Salinan Kad Pesara Polis / Kad Pesara JPA
  • Salinan Akaun Bank / Salinan Penyata Bank

Dokumen Diperlukan Untuk Bekas Pollis

  • Salinan Kad Pengenalan Awam
  • Salinan Dokumen Pengesahan Perkhidmatan
  • Salinan Akaun Bank/Salinan Penyata Bank

Nota : Semua salinan dokumen perlulah disahkan oleh KPD/KPB atau mana-mana Pegawai Kanan Polis/Pegawai Golongan Profesional/Pegawai Daerah.

Tarikh Tutup Kemaskini

Pesara dan bekas polis yang berkelayakan dinasihatkan untuk kemaskini maklumat dan muat naik dokumen yang diperlukan segera sebelum tarikh tutupnya iaitu pada 30 Januari 2022.

Bayaran

Pembayaran akan dibuat kepada pemohon yang layak dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Bayaran akan  dikreditkan pada tarikh yang akan dimaklumkan.

Maklumat Lanjut

Pemohon boleh hubungi Jabatan Pengurusan PDRM di talian 03-2266 8387 atau hantarkan e-mail ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!