Bantuan Am Persekutuan JKM 2023 – Permohonan & Syarat

JKM Bantuan Am Persekutuan 2023 Permohonan Sehingga RM350 Sebulan Bagi Meringankan Beban Mereka Yang Memerlukan.

Menerusi Bajet 2023, Bantuan Am Persekutuan, Perdana Menteri telah memaklumkan megenai bantua am persekutuan yang akan dikendalikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat

Kerajaan amat peka dengan keperluan Rakyat yang memerlukan. Sehubungan itu , Bantuan Am Persekutuan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan bantuan tunai sehingga RM350 sebulan buat individu dan keluarga yang kurang berkemampuan dalam meneruskan kelangsungan hidup

Apa Itu Bantuan Am Persekutuan (BA)

bantuan am persekutuan

Bantuan Am Persekutuan, merupakan bantuan tunai RM100 hingga RM350 sebulan yang dibeikan kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti

Baca juga : Senarai Bantuan JKM

Kadar Bantuan

Setiap permohonan yang layak, akan menerima minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga.

Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam dan had bantuan berbeza setiap negeri.

Syarat Kelayakan

Untuk memohon, individu atau keluarga yang memohon perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut ;

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
    2. PGK purata miskin Per Kapita Semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain

Cara Permohonan Bantuan Am Persekutuan

Bagi individu atau keluarga yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di atas, anda dipelawa untuk menghantar permohonan anda untuk dipertimbangkan.

Berikut merupakan cara-cara memohon Bantuan Am Persekutuan ini:

  1. Dapatkan borang permohonan dengan cara muat turun borang permohonan
  2. Lengkapkan segala butiran di dalam borang permohonan tersebut
  3. Hantarkan borang permohonan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat / Negeri / Daerah / Jajahan berhampiran anda.

Senarai dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohan ;

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada), dan lmana-mana dokumen yang berkaitan.

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak:

Soalan Lazim F.A.Q

Bilakah tarikh tutup permohonan?

Permohonan adalah dibuka sepanjang tahun

Berapakah kadar batuan yang akan diterima

Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga. Bagi negeri-negeri yang bukan di bawah wilayah persekutuan kadar bantuan mungkin berbeza mengikut negeri masing-masing

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!