Bantuan Pembiayaan Perniagaan MARA 2022

Bantuan Pembiayaan Perniagaan Mara 2022 ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi bantuan pembiayaan perniagaa Mara kini dibuka.

Bantuan ini diwujudkan bagi membantu pengusaha yang kekurangan modal untuk mengembangkan perniagaan mereka yang sedia ada.

Jenis Perniagaan Yang Layak Memohon Bantuan Pembiayaan Perniagaan MARA 2022

Pemilik perniagaan yang boleh memohon pembiayaan ini perlulah terlibat di dalam salah satu kategori perniagaan seperti di bawah :

  • Milikan Tunggal (Enterprise)
  • Perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  • Syarikat Sdn Bhd

Syarat-Syarat Kelayakan

Pemohon perlulah melengkapi syarat-syarat seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 18 tahun ke atas
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah beroperasi lebih daripada 6 bulan.
  • Menjalankan perniagaan secara sepenuh masa (fulltime)
  • Perniagaan berlandaskan syariah
  • Pemohon perlulah bebas dari senarai hitam MARA.

Cara Mohon Pembiayaan Perniagaan MARA

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di portal rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui langkah berikut :

  • Daftar masuk sebagai pengguna baru di Daftar Masuk Sistem Permohonan Pembiayaan MARA.
  • Pilih E-Perkhidmatan
  • Kemudian, pilih MyUsahawan

Atau terus ke laman sesawang https://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan

Bantuan Pembiayaan Perniagaan MARA

Had Maksimum Pembiayaan Yang Boleh Dipohon

Berikut adalah had maksimum atau had pembiayaan yang boleh dimohon mengikut skim kemudahan pembiayaan perniagaan:

  • PUTRA – had maksimum adalah sehingga RM10,000.00
  • Skim OKU – had maksimum adalah sehingga RM50,000.00
  • SEMAi – had maksimum adalah sehingga RM50,000.00
  • DanaNita – had maksimum adalah sehingga RM150,000.00
  • Mobile Business (Food Truck/Karavan) – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
  • SPiM – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
  • SPiM Tekno – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
  • PUTEK – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
  • SPiKE – had maksimum adalah sehingga RM1,000,000.00
  • MISA – dari RM500,001.00 sehingga RM1,000,000.00
  • PRiN – dari RM500,001.00 sehingga RM1,000,000.00

Had maksimum atau had pembiayaan yang boleh dimohon mengikut status perniagaan adalah seperti berikut:

Milikan Tunggal/Perkongsian/Perkongsian Liabiti Terhad (PLT)

Had maksimum yang boleh dimohon adalah sehingga RM250,000.00

Syarikat Sdn. Bhd

Had maksimum yang boleh dimohon adalah sehingga RM500,000.00 bagi semua skim kecuali PRiN dan MISA dengan had minimum dari RM500,001.00 hingga maksimum RM1,000,000.00.

Baca Juga : Kolej Profesional MARA (KPM) | Permohonan Kemasukan Program Diploma 22/23

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon perlulah kemukakan dokumen yang diperlukan mengikut senarai semak di bawah.

3 salinan diperlukan bagi setiap dokumen :

Senarai Semak Pembiayaan

Dokumen yang lengkap perlulah dihantar ke Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Bahagian Pembiayaan Perniagaan (permohonan pembiayaan PriN dan MISA).

Untuk makluman pemohon, dokumen perlulah dihantar dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, pemohon boleh rujuk ke senarai Soalan Lazim (FAQ) atau layari portal rasmi MARA di :

https://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!