Bantuan Yuran Pengajian IPT Komuniti India Selangor 2022
Bantuan Yuran Pengajian IPT Komuniti India Selangor 2022 ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bantuan bagi Yuran Pengajian IPTA/IPTS untuk pelajar India dari golongan B40 yang menetap di Selangor kini dibuka.
Bantuan yang diwujudkan oleh Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin Negeri Selangor ini terbuka kepada semua pelajar berketurunan India yang menetap di Selangor yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma.
Baca Juga : Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 Bagi Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor 2022
Kadar Bantuan
Kadar bantuan bagi Bantuan Yuran Pengajian IPTA/IPTS bagi komuniti India adalah seperti berikut :
- Ijazah Sarjana Muda : Maksimum RM 5,000
- Diploma : Maksimum RM 3,000
Syarat-Syarat Kelayakan
Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah digariskan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia yang berketurunan India sahaja
- Pemohon merupakan rakyat Selangor dan memenuhi kriteria berikut :
- Pemohon lahir di negeri Selangor Darul Ehsan ; atau
- Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor Darul Ehsan ; atau
- Pemohon telah bermastautin sekurang-kurangnya 15 tahun di negeri Selangor.
- Pemohon sedang dalam tempoh pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di seluruh Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan.
- Pendapatan isi rumah adalah RM 2,000 ke bawah sebulan.
Cara Memohon
Pelajar yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh kemukakan permohonan selewat-lewatnya pada 24 Februari 2022.
Pemohon boleh muat turun borang di pautan berikut :
Borang Permohonan Bantuan Yuran Pengajian Selangor
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut atau pengambilan borang secara manual, pemohon boleh ke lokasi beralamat seperti berikut :
URUS SETIA BANTUAN YURAN PENGAJIAN IPTA/IPTS BAGI PELAJAR KOMUNITI INDIA B40
Pejabat YB Tuan Ganabatirau a/l Veraman
EXCO Kebajikan Masyarakat, Pekerja dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor,
Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hantarkan emel di alamat [email protected] atau hubungi talian :
03 – 5544 7307 ; atau
03 – 5544 7305
Nota : Jumlah pemberian sumbangan Bantuan Yuran Pengajian adalah tertakluk kepada persetujuan YB EXCO serta keputusan Jawatankuasa Pertimbangan dan kelulusan Program Bantuan Yuran Pengajian yang bersidang.