Terkini Skim Permata Sejahtera 2022 Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

Terkini permohonan Skim Permata Sejahtera 2022 melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu kini telah dibuka. Anak kelahiran Terengganu yang lahir pada 1.1.2022-31.12.2022 layak untuk memohon berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan

 

Apa Itu Skim Permata Sejahtera

skim permata sejahtera

Kepesatan pembangunan pendidikan di Negeri Terengganu telah memberi ilham kepada Kerajaan Negeri Terengganu untuk menyediakan tabungan awal kepada setiap kelahiran baharu di negeri ini. Melalui bajet 2015, Y.A.B Menteri Besar Terengganu telah mengumumkan bahawa setiap bayi yang lahir di negeri ini dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan layak memohon sumbangan ini. Sumbangan yang diberikan dibuat dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

Pengagihan ini akan diselaraskan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu setelah dibuat permohonan oleh pihak ibu bapa dan mendapat pengesahan daripada JKKK pemimpin masyarakat

Skim ini bertujuan menggalakkan tabungan pembelajaran bermula dari awal kelahiran.

Selain itu ianya bagi meraikan kanak-kanak yang dilahirkan di Negeri Terengganu dengan harapan dapat menyumbang perkembangan positif kepada pembangunan negeri selaras dengan kehendak di dalam prinsip kelapan Transformasi Terengganu Baharu iaitu Memperkasakan Pendidikan.

Baca juga : Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) Tahun 2022

Syarat Kelayakan Permohonan Skim Permata Sejahtera

  • Bayi dilahirkan di Negeri Terengganu bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.
  • Ibu atau Bapa bayi mestilah Rakyat Terengganu yang lahir atau menetap melebihi 10 tahun di Negeri Terengganu.
  • Bagi Bayi yang dilahirkan di luar Negeri Terengganu, permohonan hanya akan dipertimbangkan jika terdapat bukti atau pengesahan bahawa keperluan bersalin di luar Negeri Terengganu adalah atas nasihat doktor dan disebabkan oleh nasihat kepakaran atau komplikasi semasa proses bersalin.
  • Borang permohonan hendaklah dikemukakan bersama salinan MyKAD Ibu dan Bapa serta MyKID @ Sijil Kelahiran Bayi.
  • permohonan adalah utnutk bayi yang dilahirkan di nehgeri terengganu bagi kelahiran tahun semasa
  • bilangan anak dalam sebuah keluarga adalah termasuk juga daripada keluarga berpoligami

 

Bentuk Sumbangan Yang Diterima

Anak kelahiran Terengganu akan menerima sumbangan berbentuk skim Simpanan Pendidikan Nasional. Jumlah sumbangan yang akan diterima adalah seperti berikut;

  1. Anak Pertama hingga Keenam  RM100
  2. Anak Ketujuh-RM200
  3. Anak Ke-8 – RM 300
  4. Anak ke-9-RM400
  5. Anak ke-10-RM500

Kelebihan Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN Prime)

  1. Pelepasan taksiran cukai pendapatan rm8000 setahun berdasarkan simpanan bersih tahun semasa
  2. Perindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan rm1000 dan ke atas
  3. Kadar dividen yang kompetitif dan dikuaclikan cukai pendapatan
  4. Pemberian geran sepadan sehingga rm10,000 untuk satu keluarga yang layak
  5. Simpanan di jamin oleh kerajaan
  6. Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN

Cara Memohon Skim Permata Sejahtera

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan online menerusi pautan berikut;

https://bit.ly/SSPN-iYPKT

Dokumen di perlukan

Dokumen-dokumen seperti berikut perlu disertakan sekali ketika membuat permohonan.

  • Salinan Sijil Kelahiran Bayi dan Salinan MyKID Bayi
  • Salinan MyKAD Ibu dan Bapa
  • Salinan Sjil Nikah atau Kad Nikah IbuBapa yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Malaysia
  • Salinan Sijil Kelahiran atau MyKID/MyKAD kesemua anak bagi Permohonan kelahiran anak ke – 7 dan keatas

Soalan Lazim (FAQ)

Apa Itu Skim Permata Sejahtera?

Ianya merupakan sumbangan berbentuk Simpanan Tabung Pendidikan SSPN oleh kerajaan Terengganu bagi anak-anak kelahiran Terengganu

Bagaimana Cara Untuk Memohon Sumbangan Ini?

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan online menerusi pautan berikut;

https://bit.ly/SSPN-iYPKT

 

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunya sebarang pertanyaan mengenai Skim Permata sejahtera, sila hubungi ;

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
GPS : 2.3820644,102.209822
TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : [email protected]

Website : https://www.ypkt.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!