Skim Khairat Kematian BKM | Cara Memohon & Tarikh Bayaran

Skim Khairat Kematian BKM | Cara Memohon RM1000 & Tarikh Bayaran ~ Kehilangan orang tersayang adalah sesuatu yang semua orang tidak ingini. Namun, apabila perkara tersebut terjadi, berikut ialah antara salah satu bantuan khairat kematian yang anda boleh mohon. 

Skim Khairat Kematian BKM 

Tahukah anda, semua pemohon yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) boleh memohon Skim Khairat Kematian (SKK) BKM berjumlah RM1000 mulai 15 April 2022.

Khairat kematian adalah wang sedekah atau derma / sumbangan ikhlas pada kadar tertentu dan diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlaku kematian.

Sekiranya anda merupakan penerima Bantuan Keluarga Malaysia, anda layak membuat tuntutan khairat kematian berjumlah RM1,000 bagi setiap individu yang layak.

Syarat Kelayakan

skim khairat kematian
  • Permohonan berstatus Lulus BKM 2022 bagi kategori:
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
    • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  • Tempoh meninggal dunia: 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022
  • Skim Khairat Kematian BKM ini layak dituntut oleh wakil yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan (bagi permohonan status Kahwin dan pasangan adalah warganegara Malaysia) yang meninggal dunia.
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak untuk menerima skim khairat kematian ini.

Tuntutan boleh dibuat oleh:

  • Wakil yang didaftarkan pada permohonan BKM 2022 sahaja layak membuat tuntutan SKK.
  • Hubungan wakil yang layak adalah;
    • Pasangan
    • Ibu
    • Bapa
    • Anak
    • Anak Kandung
    • Anak Tiri
    • Anak Angkat
    • Adik-Beradik

Dokumen Yang Diperlukan

  • Sijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan
  • Kad Pengenalan asal wakil; dan
  • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan wakil.

Kaedah Tuntutan

  • Anda boleh membuat tuntutan secara tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!