Permohonan Bantuan Zakat Guru Agama Negeri Kedah 2022

Lembaga Zakat Kedah (LZNK) membuka permohonan Bantuan Zakat Guru Agama Negeri Kedah yang layak. Guru-guru agama di syorkan untuk membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan pada 15 Mac 2022.

Agihan zakat ini untuk membantu guru-guru agama yang kurang berkemampuan, untuk mengurangkan sedikit beban ekonomi.

Bantuan ini juga mula di berikan sejak 2017 kepada guru-guru agama, yang dahulunya di kenali sebagai bantuan guru agama kampung.

Tarikh permohonan

Untuk sesi 2022 ini, tarikh permohonan dibuka bermula pada 15 Februari 2022 sehingga 15 Mac 2022.

Kepada guru guru agama Umumi dan Kampung yang kurang berkemampuan dan layak menerima bantuan zakat ini, di galakan agar segera membuat permohonan.

Syarat-Syarat Permohonan

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia, beragama Islam dan berumur 17 tahun dan keatas.
  2. Pemohon mestilah lahir di Negeri Kedah/ Menetap di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  3. Pemohon mestilah mengajar dalam negeri Kedah sahaja.
  4. Pemohon mestilah berpendapatan kasar (gaji pokok beserta elaun) tidak melebihi RM 2,000.00 sebulan.
  5. Masa mengajar tidak kurang dari tempoh 1 jam.
  6. Jumlah pelajar sekurang-kurangnya 10 orang.
  7. Kelas pengajian mestilah tidak kurang 12 kali setahun.
  8. LZNK berhak menolak permohonan sekiranya permohonan tidak diisi dengan lengkap dan jelas.

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) menerusi Sistem Permohonan Agihan Zakat di pautan https://agihan.zakatkedah.com.my dengan memilih Agihan Zakat Guru Agama serta memuat naik lampiran dokumen- dokumen berikut

Dokumen Di perlukan

  1. Kad Pengenalan Pemohon.(kad pengenalan baru)
  2. Slip gaji, penyata pendapatan surat pengesahan pendapatan (bagi yang tidak berkerja atau yang tiada slip gaji).
  3. Pengesahan akaun bank pemohon (selain ASB dan Tabung Haji).

Hanya permohonan yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan sahaja akan dipertimbangkan

Hubungi

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan Bantuan Zakat Guru Agama Negeri Kedah 2022, boleh hubungi ;

Bahagian Operasi Agihan

Aras 3, Menara Zakat, Jalan telok Wan Jah 05200 Alor Setar

Nombor telefon : 04-7331740

whatsapp : 019-5962155

Website : https://www.zakatkedah.com.my/

Facebook : https://www.facebook.com/zakatkedah

Artikel berkaitan :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!