Pas Keluarga Malaysia: Nikmati Perjalanan Tanpa Had Mulai 1 Dis 2021

Pas Keluarga Malaysia: Nikmati Perjalanan Tanpa Had Mulai 1 Disember 2021 ~ Berita baik buat pengguna yang sering menggunakan pengangkutan awam (LRT, MRT, Monorel, BRT), kini anda boleh menikmati perjalanan anda tanpa had. 

Bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan satu inisiatif terbaru iaitu; Pas Keluarga Malaysia. Pas ini adalah untuk memudahkan pengguna sekiranya bercadang untuk menggunakan pengangkutan awam pada hujung minggu atau cuti umum.

Pas Keluarga Malaysia, Serendah RM15

Pas Keluarga Malaysia menawarkan penggunaan satu hari tanpa had pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. 

Hanya dengan bayaran RM15, anda boleh menggunakan pas tersebut tanpa had bermula 1 Disember 2021.  Ini bermakna kos bagi setiap penumpang adalah hanya RM3.75/orang. 

Inisiatif ini dilakukan adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam untuk berjalan-jalan, dan bersiar-siar bersama keluarga pada hari cuti. 

Dengan menggunakan pas ini, setiap warganegara Malaysia (4 orang di dalam satu kumpulan) boleh menikmati perjalanan satu hari tanpa had menggunakan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan Bas Rapid Transit – Laluan Sunway (BRT). 

Selain itu, anda juga boleh mengunjungi pusat-pusat beli belah atau tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Selangor.

Pas Keluarga Malaysia

Cara Dapatkan Pas Keluarga Malaysia 

Untuk menikmati inisiatif ini, anda boleh dapatkan pas ini di  mana-mana stesen LRT, MRT, monorel dan BRT pada harga RM15 untuk pakej 4 orang.

Memang berbaloi!

Terma & Syarat Kelayakan 

  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
  • Pas tersebut hanya sah pada hari Sabtu, Ahad & Cuti Umum
  • Pas tersebut hanya boleh digunakan untuk perkhidmatan LRT, Monorel, MRT & LRT sahaja

Harga yang satu Pas Keluarga Malaysia ini adalah RM15 sahaja bermula 1 Disember ini.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila layari: https://myrapid.com.my

Semoga inisiatif ini dapat menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam sekaligus meransang ekonomi di di sepanjang rangkaian pengangkutan awam di KL dan juga Selangor. 

Sebarang informasi terbaru akan dikemaskini. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!