Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe) 2022

Tawaran Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe) 2022 telah dibuka kepada warganegara Malaysia dan pemilik kebun kecil sawit persendirian.

 

Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) mempelawa pekebun-pekebun kecil sawit yang berminat untuk mempelbagaikan pendapatan melalui amalan penternakan (ITe).

 

Selain penternakan,MPOB juga ada menawarkan Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (ITa) MPOB 2022

 

Apa Itu Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe)

Insentif ini merupakan salah satu usaha yang diwujudkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi membolehkan peserta mencapai objektif pemberian insentif ini iaitu ;

  • Mengoptimumkan penggunaan tanah melalui amalan penternakan
  • Mempelbagaikan pendapatan pekebun kecil sawit
  • Meningkatkan pengeluaran bahan makanan dalam negara

 

Skop & Nilai Bantuan

Permohonan yang berjaya akan menerima pemberian insentif wang tunai sebanyak RM15,000 bagi setiap projek berikut:-

  • Ayam daging / kampong
  • Itik penelur

Pecahan Skop

  • RM3,500 bagi penyediaan kandang/reban ternakan.
  • RM11,500 bagi pembelian input seperti benih/anak ternakan, makanan dan ubat-ubatan.

 

Syarat Permohonan

  • Warganegra malaysia berumur 18 tahun ke atas pada tarikh permohonan
  • Pekebun kecil sawit persendirian sahaja dengan had pemilikan tanah bertanam sawit tanah bertanam sawit tidak melebihi 6.5 hektar dan bukan peserta lain-lain agensi persekutuan atau negeri
  • Menunjukkan bukti pemilikan atau penguasaan tanah yangsah
  • Mempunyai lesen MPOB yang sah
  • Bukan peserta lain-lain agensi pembangunan tanah negeri atau persekutuan
  • Hanya layak memohon satu jenis projek ternakan sahaja
  • Jika pemohon adalah pasangan suami/isteri, maka hanya seorang sahaja layak memohon

Cara Permohonan

  1. Dapatkan borang permohonan di mana-mana Pejabat TUNAS MPOB di seluruh negara
  2. E-melkan permohonan anda bersama dokumen-dokumen seperti senarai di bawah kepada Sekretariat Skim ITe melalui alamat e-mel [email protected] atau melalui serahan tangan ke alamat :

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

No. 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi,

43000 Kajang, Selangor.

(u.p: Ketua Unit Pemerkasaan Pekebun Kecil)

 

Dokumen Yang Di Perlukan

  1. Borang permohonan yang lengkap diisi
  2. Salinan kad pengenalan
  3. Salinan dokumen pemilikan tanah
  4. Salinan lesen MPOB
  5. Surat akuan sumpah (melaksanakan projek penternakan di lokasi yang dipohon)
  6. Surat wakil kuasa mengusahakan tanah (jika berkenaan)
  7. Dokumen sewa tanah/pajak (jika berkenaan)

 

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe), anda boleh layari website https://www.mpob.gov.my/ atau anda juga boleh hubungi pegawai MPOB berikut ;

 

 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!