Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (ITa) MPOB 2022

Permohonan Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (ITa) telah dibuka kepada warganegara Malaysia dan pemilik kebun kecil sawit persendirian.

 

Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) mempelawa pekbun-pekebun kecil sawit yang berminat untuk mempelbagaikan pendapatan melalui tanaman kontan melalui insentif integrase tanaman dengan sawit (ITa) ini.

 

 

Apa Itu Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (ITa)

skim insentif integrasi tanaman dengan sawit 2022

Insentif ini merupakan salah satu usaha yang diwujudkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi membolehkan peserta mencapai objektif pemberian insentif ini iaitu ;

  • Mempelbagaikan pendapatan pekebun kecil sawit melalui penanaman tanaman kontan
  • Mengoptimumkan penggunaan tanah melalui penanaman tanaman kontan
  • Meningkatkan pengeluaran bahan makanan dalam negara

Baca juga : Bantuan Pesawah RM200 Sebulan Selama 6 Bulan

Skop & Nilai Bantuan Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (ITa)

Permohonan yang menerima insentif ini akan menerima bantuan berbentuk ;

  • Tanaman Nenas – RM7,000 bagi setiap hektar plot tanaman
  • Tanaman Pisang, Tembikai, Jagung, Betik – RM3,000 bagi setiap hektar plot tanaman

 

Syarat Permohonan

 

  • Warganegra malaysia berumur 18 tahun ke atas pada tarikh permohonan
  • Pekebun kecil sawit persendirian sahaja dengan had pemilikan tanah bertanam sawit tanah bertanam sawit tidak melebihi 6.5 hektar dan bukan peserta lain-lain agensi persekutuan atau negeri
  • Menunjukkan bukti pemilikan atau penguasaan tanah yangsah
  • Mempunyai lesen MPOB yang sah
  • umur pokok sawit tidak lebih dua tahun bagi penanaman semula atau penanaman baru mengikut sistem segitiga sama (jika melaksanakan integrasi tanaman)
  • Belum melaksanakan kerja-kerja menanam tanaman kontan semasa permohonan di buat

 

Baca juga : Cara Mohon Projek Khas Tani Pasca Covid-19 Jabatan Pertanian Negeri Perak 2022

Borang Permohonan

Borang permohonan insentif integrasi tanaman dengan sawit (ITa) boleh didapati di Pejabat Tunas MPOB di seluruh Malaysia

 

Cara Permohonan

 

  1. Dapatkan borang permohonan di mana-mana Pejabat Tunas MPOB di seluruh Malaysia boleh rujuk di sini lokasi Pejabat Tunas MPOB
  2. Isi borang permohonan dan dokumen sokongan seperti dinyatakan di bawah dan emelkan kepada [email protected]
  3. Atau anda juga boleh poskan borang permohonan beserta dokumen sokongan anda ke alamat MPOB ;
  • Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)No. 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi,

    43000 Kajang, Selangor.

    (u.p: Ketua Unit Pemerkasaan Pekebun Kecil)

 

Dokumen Sokongan

Senarai dokumen yang di perlukan untuk permohonan ITa ;

  • Borang permohonan yang lengkap diisi
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan dokumen pemilikan tanah
  • Salinan lesen MPOB
  • Surat akuan sumpah sebagai pekebun untuk mengesahkan penanaman di lokasi yang dipohon
  • Dokumen sewa tanah/pajak (jika berkenaan)

 

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit MPOB 2022, anda boleh layari facebook MPOB https://www.facebook.com/malaysianpalmoilboard atau hubungi ;

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!