Skim Insentif Anak Peneroka FELDA (SIAP) ~Bantuan Pendidikan

Berita baik bantuan pendidikan berupa Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) secara one off kepada anak –anak FELDA yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat diploma mahupun ijazah. Di universiti awam mahupun swasta dalam mahupun luar negara

Apa Itu Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP)

skim insentif anak peneroka felda

FELDA menawarkan Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) kepada anak atau cucu peneroka FELDA yang berjaya melanjutkan pengajian ke universiti tempatan atau swasta. Melalui insentif ini, generasi baharu FELDA diberi bantuan sehingga RM1,500 berdasarkan kelayakan dan peringkat pengajian yang ditawarkan.

Insentif ini juga merupakan suatu bentuk dorongan serta motivasi kepada generasi baharu FELDA untuk menjadikan pendidikan sebagai sebuah platform utama dalam membina nilai diri serta membantu meningkatkan mobiliti sosial warga FELDA.

Jenis Dan Jumlah Bantuan

Bantuan yang diberikan adalah secara one-off kepada setiap anak peneroka yang berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat diploma atau ijazah di dalam negara mahupun luar negara. Jumlah bantuan adalah seperti berikut;

  • Diploma : RM500
  • Ijazah dalam negara : RM1000
  • ijazah luar negara : RM1500

Syarat Permohonan Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP)

Untuk insentif SIAP, berikut adalah syarat-syarat permohonan ;

  • Anak/cucu peneroka, anak tiri,anak angkat yang telah didaftarkan
  • Bermastautin di rancangan felda
  • Permohonan adalah dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh surat tawaran
  • Bantuan diberikan sekalai sahaja kepada setiap anak/cucu peneroka
  • Kelayakan bergantung kepada ipta/ipts yang diluluskan
  • Terbuka kepada peneroka bersama felda sahaja
  • Sertakan salinan surat pendaftaran anak angkat

Permohonan Yang Tidak Layak

Berikut pula adalah sistuasi atau sebab-sebab yang tidak layak untuk dipertimbangkan mendapatkan bantuan ini ;

  • Peneroka / anak peneroka yang menetap di luar rancangan FELDA.
  • Pelajar mendapat tawaran ke Matrikulasi Kementerian Pelalajaran.
  • Pelajar peringkat Sijil/Pra/Asasi, Briged Politeknik, Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Ph.D).
  • Pelajar di bawah pengajian Program Jarak Jauh (PJJ) atau Separuh Masa atau telah bekerja.
  • Pemohon di bawah tajaan FELDA seperti Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF).
  • Pelajar DKPCF ke luar negara.

Dokumen Yang Diperlukan

Untuk melengkapkan permohanan anda, sila sertakan dokumen-dokumen berikut ;

  • Surat tawaran kemasukan ke Universiti Awam / Universiti Swasta yang disenaraikan FELDA
  • Surat tawaran kemasukan ke Universiti Awam / Universiti Swasta yang disenaraikan FELDA
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan peneroka
  • Salinan penyata pendapatan peneroka terkini

Cara Permohonan

  • Dapatkan borang permohonan di Pejabat Rancangan FELDA berhampiran
  • Isi borang permohonan dengan lengkpa dan betul
  • Sediakan dokumen diperlukan
  • Hantar semula borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke pejabat rancangan FELDA berhampiran

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) anda boleh layari website https://www.felda.gov.my/ atau hubungi :

Jabatan Pembangunan Komuniti & Generasi

03-21912216 ([email protected]) atau 03-21912313 ([email protected])

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!