Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (LZS) 2022 : Mesir, Jordan & Morocco

Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor  (LZS) 2022 kini dibuka. Tawaran adalah untuk tajaan pendidikan ke Mesir, Jordan dan Morocco untuk sesi pengajian 2022. Jabatan Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pendidikan Islam mempelawa pelajar lepasan SPM dan STAM 2021 negeri Selangor yang berhasrat menyambung pengajian ke IPT di Mesir ,Jordan dan Morocco memohon TAJAAN bagi sesi kemasukan 2022 Syarat dan permohonan dalam talian.

 

Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (LZS) 2022

dermasiswa lembaga zakat selangor mesir jordan

 

dermasisa lzs morocco 2022

Ianya juga di kenali sebagai Bantuan Dermasiswa Luar Negara (Timur Tengah). Bantuan yang diberikan berbentuk dermasiswa yang diberikan kepada pelajar paling cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan melepasi kelayakan temuduga serta ujian bahasa yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).Pemilihan pelajar melalui JAIS. Keutamaan kepada keluarga berpendapatan pertengahan (lebihan had kifayah tidak melebihi RM7,000.00). Kuota pelajar yang disediakan adalah 50 orang untuk tiga buah negara iaitu Mesir, Jordan dan Morocco. Nilai peruntukan setiap tahun RM4 juta.

Syarat Am

Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi syarat am seperti berikut:

  1. Pemohon, Ibu dan bapa Warganegara Malaysia/pemastautin tetap (Dermasiswa Zakat).
  2. Pemohon lahir di Negeri Selangor atau ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor atau pemohon telah menetap lebih dari 3 tahun di Negeri Selangor sehingga kini.
  3. Bebas daripada penyakit kronik/berjangkit/penyakit yang memerlukan rawatan susulan (surat pengesahan doktor).
  4. Telah membuat permohonan atau mendapat pengesahan kelayakan dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah/logMasuk.php.

Syarat Khusus

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan iaitu:

i) Morocco (Pengajian Islam)

  1. Pemohon mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2020 sahaja dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred A-bagi mata pelajaran:
    • Kurikulum Bersepadu Dini (al-Lughah al-Arabiah al-Mu`asarah, al-Syariah, Usul al-Din, Manahij al-Ulum al-Islamiah, al-Adab wa al Balaghah); atau
    • Kurikulum Bersepadu Tahfiz (Hifz al-Quran, Maharat al-Quran, Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Pengajian Syariah Islamiah; atau
    • Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah, dan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah.
    • Sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran selebihnya.
  1. Keutamaan diberikan kepada pemohon:
    • Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA); atau
    • Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama Tahfiz al-Quran (SMATQ); atau
    • Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) atau yang setaraf dengannya.

 

ii) Mesir (Pengajian Islam & Bahasa Arab)

  1. Memperolehi pangkat Mumtaz di dalam peperiksaan STAM tahun 2021 sahaja.
  2. Memiliki SPM dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris serta sekurang-kurangnya Gred B+ bagi mata pelajaran Bahasa Arab.
  3. Keutamaan diberikan kepada pemohon:
    • Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMA; atau
    • Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMATQ; atau
    • Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMATD atau yang setaraf dengannya; dan
    • Telah menduduki Imtihan Tahdid Mustawa yang dianjurkan RABITAH melalui JAIS dan mencapai sekurang-kurangnya Mutawwasit Awwal.

iii) Mesir (Ulum Islamiyah)

  1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2021 sahaja dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred A- bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah, dan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah.
  2. Sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran selebihnya.
  3. Keutamaan diberikan kepada pemohon:
    • Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMA; atau
    • Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMATQ; atau
    • Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMATD atau yang setaraf dengannya.

iv) Jordan (Pengajian Islam/Bahasa Arab/Pengajian Al-Quran & Qiraat)

  1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2021 sahaja dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred A- bagi mata pelajaran:
    • Kurikulum Bersepadu Dini (al-Lughah al-Arabiah al-Mu`asarah, al-Syariah, Usul al-Din, Manahij al-Ulum al-Islamiah, al-Adab wa al Balaghah); atau
    • Kurikulum Bersepadu Tahfiz (Hifz al-Quran, Maharat al-Quran, Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Pengajian Syariah Islamiah; atau
    • Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah, dan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah.
  2. Sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran selebihnya.
  3. Keutamaan diberikan kepada pemohon:
    • Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMA; atau
    • Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMATQ; atau
    • Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMATD atau yang setaraf dengannya.

Cara Permohonan

Mereka yang berminat untuk mendapatkan bantuan Dermasiswa LZS 2022 ini boleh membuat permohonan secara online dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan berikut https://epengajiantinggi.jais.gov.my.
  2. Klik butang ‘Daftar Baru.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.
  5. Ikuti arahan dan lengkapkan permohonan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tajaan Dermasiswa Lembaga Zakat Sselangor (LZS) 2022 , sila hubungi Unit Pengajian Tinggi & Sepanjang Hayat, BPI JAIS:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!