MUET: Cara Menyemak Keputusan MUET Secara Online & SMS

MUET: Cara Menyemak Keputusan MUET Secara Online & SMS ~ Anda boleh menyemak keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi 2 Tahun 2021 bermula 13 Januari 2022 ini bersamaan hari Khamis, pada pukul 10.00 pagi. 

Cara Menyemak Keputusan MU

Sila ikuti langkah-langkah dibawah untuk membuat semakan keputusan anda. Semakan boleh dilakukan secara online (atas talian) atau melalui sistem pesanan ringkas, SMS.

  • KAEDAH  1: SEMAKAN ATAS TALIAN (ONLINE)

Untuk menyemak keputusan anda secara online, sila layari pautan berikut: http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_result/ atau, http://webmpm1.mpm.edu.my/muet/ 

  • KAEDAH 2 : SEMAKAN SMS

Sila taipkan : MUET<jarak>RESULT<jarak>No. KP, dan hantar ke 15888.

Contoh: MUET RESULT 09050310xxx

Rayuan Semakan Semula

Sekiranya anda ingin membuat rayuan semakan semula keputusan anda, sila rujuk maklumat di bawah dengan teliti.

  • Yuran bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00. Calon boleh membuat pendaftaran dengan cara membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional. Calon juga boleh membuat pembayaran secara online iaitu melalui FPX (dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.00) atau melalui Kad Kredit/Kad Debit (dikenakan caj tambahan RM2.50).
  • Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan diumumkan bagi setiap sesi.
  • Anda boleh menyemak keputusan rayuan penyemakan semula keputusan di portal MPM (http://www.mpm.edu.my)  selepas 18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja). MPM akan mengeluarkan sijil baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.

Pendaftaran MUET 2022

MUET

Manakala, untuk pendaftaran bagi Sesi 1 Tahun 2021, anda boleh membuat permohonan sebelum 12 Januari 2022 ini. 

Bayaran untuk menduduki ujian ini ialah RM100.00 (Calon warganegara) dan RM350.00 (Calon bukan warganegara).

Anda boleh melakukan pembayaran dengan cara perbankan internet / kad kredit di pautan berikut: https://muet.mpm.edu.my 

Calon dikehendaki menyemak status pendaftaran dan tarikh menduduki ujian pada slip daftar (MUET / D) melalui portal MPM mulai dan mencetaknya sebagai tiket untuk menduduki ujian.

Pendaftaran adalah secara dalam talian (online).

Maklumat Lanjut 

Sekiranya anda mempunyai sebarang kekeliruan atau ingin mengetahui maklumat lanjut berkaitan MUET dan MUET on Demand (MoD), sila layari laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia di pautan:  https://www.mpm.edu.my/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!