TikTok Shop Malaysia, Contact No, Cara Refund

Pelanggan TikTok Shop Malaysia, anda boleh hubungi contact no TikTok Malaysia untuk tujuan pertanyaan, refund dan bantuan melalui Contact TikTok Center di https://www.tiktok.com/about/contact?lang=en

Tetapi sebelum itu ketahui bagaimana cara refund barang di TikTok Shop dan syarat-syarat yang anda perlu ketahui untuk memudahkan proses refund.

TikTok Shop Malaysia

tiktok shop malaysia

Walaupun TikTok telah wujud pada 2016,namun ciri-ciri TikTok Shop iaitu satu ciri beli-belah e-commerce yang membolehkan pengguna membeli produk terus daripada video TikTok hanya dilancarkan di Malaysia pada Mac 2022 dan sejak itu telah menjadi cara paling popular bagi perniagaan untuk menjual produk mereka kepada pengguna yang menyangi Shopee

Jika anda berminat untuk menggunakan TikTok Shop di Malaysia, anda boleh mendaftar untuk mendapatkan akaun percuma di sini: https://seller-my.tiktok.com

TikTok Shop Malaysia Refund

Berikut adalah beberapa punca/ sebab yang membolehkan anda untuk meminta Refund / Bayaran Balik dari Seller TikTok Shop

  • Pelanggan boleh membatalkan pesanan mereka sebelum status pesanan dikemas kini kepada “To Ship – Awaiting Collection”.
  • Penjual boleh membatalkan pesanan sebelum status pesanan ditukar kepada “Dihantar”.
  • Pesanan akan dibatalkan secara automatik jika pembayaran pelanggan belum dibuat dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh penjual atau platform (yang mana berkenaan).
  • Anda tidak menerima produk.
  • Produk yang dihantar tidak mematuhi kontrak jualan.
  • Anda menerima produk yang salah tidak seperti yang anda pesan.
  • Keadaan produk semasa penghantaran adalah tidak lengkap, rosak atau tidak boleh diterima.
  • Pelanggan menerima produk yang tidak menepati penerangan yang diberikan semasa pembelian.
  • Penjual tidak memenuhi komitmen penghantaran mereka (seperti penghantaran tertunda).

Pemulangan dan Bayaran Balik:

  • Pelanggan mempunyai 7 hari dari tarikh penghantaran untuk memulangkan produk untuk bayaran balik.
  • Produk mestilah dalam keadaan dan pembungkusan asalnya.
  • Pelanggan bertanggungjawab untuk kos penghantaran semula produk kepada penjual.
  • Apabila produk telah diterima oleh penjual, penjual akan memproses bayaran balik dalam masa 48 jam.

Maklumat tambahan

  • Penjual boleh menolak bayaran balik jika produk tidak berada dalam keadaan atau pembungkusan asalnya.
  • Penjual juga boleh menolak bayaran balik jika pelanggan telah menggunakan produk tersebut.
  • Pelanggan boleh menghubungi sokongan pelanggan TikTok Shop untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bayaran balik.

Berikut ialah beberapa petua untuk mendapatkan bayaran balik di TikTok Shop Malaysia:

  • Pastikan anda membaca terma dan syarat pembatalan dan bayaran balik penjual sebelum anda membuat pesanan.
  • Jika anda tidak berpuas hati dengan pembelian anda, hubungi penjual secepat mungkin.
  • Bersopan santun dan terangkan sebab anda meminta bayaran balik.
  • Berikan bukti bahawa produk itu rosak atau tidak seperti yang diterangkan (gambar).

Cara Minta Refund

Terdapat dua cara untuk minta refund dari seller di TikTok Shop. Iaitu;

Cara Minta Refund di TikTok Shop melalui email

  1. Layari TikTok Shop Seller Center di pautan berikut:  https://seller.tiktok.com/contact-us?lang=en&region=MY
  1. Lengkapkan maklumat yang diperlukan termasuk aduan anda dan klik “Submit”
  2. Anda akan mendapat maklumbalas melalalui emel yang didaftarkan. 

Cara Minta Refund Melalui Aplikasi TikTok

  1. Buka aplikasi TikTok anda.
  2. Kemudian, klik pada Profil di bahagian bawah sebelah kanan.
  3. Klik pada ikon 3 baris di bahagian atas sebelah kanan.
  4. Seterusnya klik pada Tetapan dan Privasi.
  5. Kemudian klik pada Laporkan Masalah dan pilih topik.
  6. Ikuti langkah dalam aplikasi tersebut untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi. 
  7. Jika langkah yang dicadangkan tidak menyelesaikan masalah anda, anda boleh memilih Tidak untuk soalan “Adakah masalah anda telah selesai?” dan klik Masih Ada Masalah supaya anda boleh menghubungi pihak TikTok dengan butiran lanjut tentang masalah anda.

TikTok Shop Malaysia Contact No

Sekiranya anda mempunyai sebarang permasalahan atau perlukan bantuan mengenai TikTok Shop, refund & return daripada seller di TikTok anda boleh menghubungi Talian Hotline Khidmat Pelanggan (Customer Service)  melalui pautan berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!