DanaNITA MARA : Permohonan 2022 Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita RM150,000

DanaNITA MARA 2022 atau Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita telah dibuka untuk permohonan bagi tahun 2022. Skim pembiayaan oleh pihak Mara ini khusus untuk anda menyediakan pelbagai keperluan perniagaan seperti modal pusingan dan pembelian mesin

Apa Itu DanaNITA MARA

Skim khas ini berjutuan memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah.

Selain itu, ianya merupakan pembiayaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan

Syarat-syarat

  1. Warganegara dan Bumiputera
  2. Berumur 18-60 tahun
  3. Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  4. Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  5. Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online)
  6. Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  7. Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  8. Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
  9. Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh enam (6) bulan terkini
  10. Perniagaan patuh Syariah
  11. Bebas dari senarai hitam MARA

Syarat Kelongaran

  1. Majoriti pegangan Syer adalah 51% wanita
  2. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja / Mempunyai Lesen Perniagaan yang berkaitan bagi Sabah dan Sarawak bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  3. Pengecualian Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  4. Pengecualian Sebut Harga Ubah Suai / Pembelian Mesin & Alatan bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  5. Penyata Akaun Bank bagi tempoh tiga (3) bulan (penyata Dalam Talian adalah diterima)
  6. Tempoh Bernafas bagi bayaran balik sehingga 12 bulan

Baca juga : Permohonan MySME Lady : Pembiayaan PKS Wanita Sehingga 3 Juta

Skop Pembiayaan

  • Modal Pusingan
  • Pembelian Mesin dan Peralatan

Had Pembiayaan

DanaNITA MARA memperuntukan maksimum sehingga RM150,000.00

Tempoh Pembiayaan

1-10 tahun @ 12-120 bulan

Jaminan /Cagaran

  1. Dikecualikan bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  2. Pembiayaan RM50,001.00 hingga RM150,000.00

Jaminan

Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon ATAU

Cagaran

Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon. ATAU

Gabungan kedua-duanya sekali. ATAU

Simpanan Tetap

Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan

Kadar Keuntungan

3.5%

Cara Permohonan

Permohonan boleh di buat secara online dengan mengikuti langkah-langkah berikut ;

  1. Layari laman sesawang MARA.
  2. Pilih E-Perkhidmatan / MyUsahawan.
  3. Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baru di Daftar Masuk Sistem Permohonan Pembiayaan MARA.
  4. Daftar dan Mohon DanaNITA MARA.
  5. Sediakan dokumen mengikut Senarai Semak. Langkah 6:
  6. Hantar permohonan

Semakan Status

Status permohonan boleh disemak secara atas talian di Portal MyUsahawan atau menghubungi Pejabat MARA Daerah (PMD) melalui emel atau telefon

Soalan Lazim

Maklumat Lanjut

 Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan DanaNITA MARA 2022, anda boleh menghubungi Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN) MARA atau Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Pejabat MARA Negeri(PMN). Atau anda boleh menghubungi

Tel : 03 2613 2000.

Email : [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!