Program SWEET Pernas 2022 Khas Untuk Usahawan Wanita

Program SWEET Pernas 2022 Khas Untuk Usahawan Wanita ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi wanita untuk ceburi perniagaan francais kini dibuka menerusi Program Succesful Woman Entrepreneurship Engagement Talent Program (SWEET) di bawah Perbadanan Nasional Berhad (Pernas).

Untuk makluman, Pernas merupakan syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang ditubuhkan untuk membangunkan industri francais Malaysia.

Bagi menambahkan bilangan usahawan francais tempatan, kini Pernas laksanakan program SWEET bagi menggalakkan penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan di samping membantu ekonomi warga Malaysia.

SWEET merupakan program khas untuk wanita Bumiputera yang ingin menceburi bidang keusahawanan dan berminat dalam perniagaan francais dan pra-francais.

Program SWEET Pernas akan mendedahkan peserta kepada latihan berstruktur, padanan perniagaan, bantuan pembiayaan dan akan dipantau selama 6 bulan sebaik mereka memulakan operasi perniagaannya.

program sweet pernas

Jumlah Pembiayaan

Peserta juga akan mendapat pembiayaan daripada pihak Pernas. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM 500,00 yang berasaskan konsep kewangan Islam iaitu Tawarruq.

Kadar pembiayaan yang ditawarkan adalah sebanyak 3.75%.

Syarat Kelayakan Program SWEET Pernas

Pemohon perlulah tepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Peserta mestilah wanita berumur 21 tahun-60 tahun.
  • Pemegang saham utama syarikat mestilah wanita dan memegang sekurang-kurangnya 60% saham dalam syarikat.

Syarat Kelayakan Syarikat

Syarat kelayakan pembiayaan pemegang francais adalah seperti berikut:

  • Usahawan ialah pemilik/pengendali syarikat.
  • Francaisor/Pemegang Francais Induk telah berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF).
  • 100% ekuiti syarikat dimiliki oleh Bumiputera
  • Permohonan maksimum pembiayaan melalui syarikat Sdn. Bhd adalah sehingga RM500,000. Walau bagaimanapun, permohonan maksimum pembiayaan oleh Milikan Tunggal, perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) adalah terhad sehingga RM250,000 sahaja.
  • Mempunyai surat tawaran daripada Francaisor Induk/Pemegang Francais Induk.
  • Perniagaan mestilah patuh Syariah.
  • Usahawan mestilah mempunyai rekod kredit yang baik dan tertakluk kepada kriteria kredit Pernas.

Bagi syarat kelayakan untuk pembiayaan Pra-Francisee adalah seperti berikut:

  • Usahawan ialah pemilik/pengendali syarikat.
  • Permohonan maksimum pembiayaan melalui syarikat Sdn.Bhd untuk pembiayaan sehingga RM500,000.
  • Walau bagaimanapun, permohonan maksimum pembiayaan oleh Milikan Tunggal, perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) terhad sehingga RM 250,000 sahaja.
  • Syarikat adalah 100% dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera.
  • Mempunyai surat tawaran daripada Pra-Francaisor.
  • Perniagaan mestilah patuh Syariah.
  • Usahawan mesti mempunyai rekod kredit yang baik dan tertakluk kepada kriteria kredit Pernas.

Cara Memohon

  • Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
  • Layari laman web PERNAS iaitu https://pernas.my/byob/sweet-program/.
  • Klik butang ‘Click Here to Regsiter.’
  • Masukkan email dan klik butang ‘Next.’
  • Isi maklumat yang diperlukan dalam setiap paparan dan klik butang ‘Next.’
  • Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi dengan klik butang ‘Submit.’

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai program SWEET, sila hubungi pegawai Pernas melalui email [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!