Program Younity Pernas Pembiayaan Untuk Belia Mula Perniagaan Francais

Berita baik Program Younity Pernas menawarkan pembiayaan sehingga RM500,000 untuk belia yang berminat untuk menceburi perniagaan francais.

Program ini menyediakan latihan dan pembiayaan pada kadar yang kompetitif kepada usahawan atau bakal usahawan francais terutamanya kepada usahawan muda.

Terbuka kepada semua usahawan muda yang ingin terlibat dalam perniagaan permulaan atau mengembangkan perniagaan mereka melalui skim pembiayaan Francaisor, Francaisi, Pra-Francaisor, Pemberi Lesen, Pemegang Lesen dan Perniagaan dalam Transformasi (BIT).

Apa itu Program YOUNITY Pernas?

Program khas untuk golongan belia bumiputera yang ingin menceburi bidang keusahawanan dan berminat dalam perniagaan francais dan pra –francais. Peserta program YOUNITY akan berpeluang mengikuti latihan yang berstruktur,padanan perniagaan, bantuan pembiayaan dan diberi pemantauan selama enam (6) bulan apabila bermulanya perniagaan

Baca juga : Permohonan Geran Bantuan Khas MM2H PEMERKASA One-Off RM3000

Latar Belakang Pernas

Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) adalah sebuah agensi yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang diberi mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia.

Pernas mempunyai sasaran untuk menerajui perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais, melalui kepakaran dalam memberikan perkhidmatan serta produk-produk yang berkualiti.

Pernas juga berperanan di dalam mempelopori dan menerajui pertumbuhan industri francais negara demi merealisasikan matlamat untuk melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang perniagaan francais. Salah satu objektif utama Pernas adalah untuk membangunkan produk tempatan dan mengembangkannya ke luar negara.

Pernas juga menyediakan khidmat nasihat dan skim-skim khas bagi francaisor dan francaisi serta mengalu-alukan rakan francais ke Malaysia.

Berpusat di Menara Pernas, Bangsar South City, Pernas juga mempunyai lima pejabat koridor iaitu Pejabat Pernas Wilayah Timur, Pejabat Pernas Wilayah Utara, Pejabat Pernas Wilayah Selatan, Pejabat Pernas Wilayah Sabah, dan Pejabat Pernas Wilayah Sarawak yang bersedia menjalankan tanggungjawab bagi melahirkan lebih ramai francaisor dan francaisi ke tahap antarabangsa.

Syarat Kelayakan

Syarat Individu

  • 1 tahun- 40 tahun (lelaki dan wanita )
  • Peserta belia harus memiliki minimum 60% saham syarikat

Syarat Syarikat

  • Kriteria kelayakan pembiayaan Francaisi adalah seperti berikut:
  • Usahawan adalah pemilik / pengusaha
  • Francaisor / Francaisi induk telah berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF)
  • 100% ekuiti dimiliki oleh Bumiputera
  • Surat Tawaran dari Francaisor/Francaisi Induk
  • Permohonan pembiayaan melalui syarikat Sdn.Bhd sehingga RM 500,000.00 Manakala, permohonan pembiayaan oleh Pemilikan Tunggal, perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) sehingga RM 250,000.00 sahaja
  • Perniagaan mesti Patuh Syariah
  • Pelanggan mesti mempunyai rekod kredit yang baik dan tertakluk kepada kriteria kredit PNS
  • Kriteria kelayakan pembiayaan Pra-Francaisi adalah seperti berikut:
  • Usahawan adalah pemilik / pengusaha
  • 100% ekuiti dimiliki oleh Bumiputera
  • Surat Tawaran dari Pra-Francaisor
  • Permohonan pembiayaan melalui syarikat Sdn.Bhd sehingga RM 500,000.00 Manakala, permohonan pembiayaan oleh Pemilikan Tunggal, perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) sehingga RM 250,000.00 sahaja
  • Perniagaan mesti Patuh Syariah
  • Pelanggan mesti mempunyai rekod kredit yang baik dan tertakluk kepada kriteria kredit PNS

Syarat Pembiayaan

  • Pembiayaan Islam (Tawarruq)
  • Saiz Pembiayaan Sehingga RM500,000
  • Kadar Keuntungan 3.75% setahun
  • Tempoh Pembiayaan Sehingga 7 tahun

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman web https://pernas.my/younity-program/

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Program Younity Pernas, anda boleh hubungi melalui e-mel [email protected] atau anda juga boleh layari laman koprat www.pernas.my

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!