Apa Itu MyBrain 2.0, Syarat Kelayakan & Permohonan
Tak tahu apa itu MyBrain 2.0? Ketahui syarat kelayakan dan permohonan elaun MyBrain 2.0 bagi orang awam yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).
Rebut peluang ini, sekiranya anda berkelayakan elaun sara hidup sebanyak RM1000 sebulan, akan diberikan sepanjang tempoh pendidikan anda.
Berita baik rakyat Malaysia bagi mereka yang masih belum bekerja dan berminat untuk meneruskan pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).
Setelah program MyBrain15 yang pernah diperkenalkan dahulu ditamatkan.
Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan semula program tersebut.
Ianya selepas mengambil kira keperluan bagi kerajaan dalam usaha melahirkan lebih ramai golongan intelektual dan pakar bagi memenuhi matlamat pembangunan negara yang semakin berkembang maju
Dengan penambahbaikan yang dibuat, pihak KPT memperkenalkan program penajaan MyBrain 2.0 yang merupakan kesinambungan daripada program MyBrain15
Apa itu Mybrain 2.0
Secara ringkasnya program MyBrain 2.0 merupakan ;
- Biasiswa untuk melanjutkan pendidikan di peringkat Sarjana & Doktor Falsafah
- Kesinambungan program Mybrain15 yang diperkenalkan pada 2011 & dihentikan pada 2016
- 500 penerima tajaan disasar setiap tahun dalam bidang kompetitif
- Melibatkan peruntukan tahunan RM20 juta
- Permohonan dibuka pada Januari 2024
Objektif
Pelaksanaan program penajaan ini dibuat, adalah bagi mengalakkan dan melahirkan lebih ramai golongan pakar. Antara lain objektif dan matlamat yang ingin dicapai adalah ;
- Membangunkan modal insan dan pemerkasaan bakat berkemahiran tinggi dalam bidang penyelidikan
- Menyumbang kepada kebolehpasaran graduan,peningkatan kerjaya,peningkatan pendapatan & taraf hidup
- Meningkatkan visibiliti & penarafan universiti awam (UA) & sektor pendidikan tinggi Malaysia
Selain itu juga, kenaikan elaun dalam program penajaan kali ini, adalah salah satu usaha kerajaan untuk mengimbangi kos sara hidup pelajar selain memastikan pelajar tajaan KPT kekal fokus meneruskan pengajian dalam keadaan yang kondusif
Baca juga : Biasiswa MyBrainSc
Syarat Kelayakan
Antara syarat-syarat umum kelayakan bagi permohonan elaun MyBrain 2.0 ini adalah ;
- Orang awam tidak bekerja atau
- Tidak punya pendapatan tetap dan
- Pensyarah institut pendidikan tingi swasta (IPTS)
Antara pengukuhan & penambahbaikan yang dibuat dalam program penajaan MyBrain 2.0 adalah seperti ;
- Memastikan pelajar tamat pengajian tepat pada masanya
- Pelajar boleh pilih tempat pendidikan di universiti awam & IPTS terpilih
- Elaun sara hidup RM1000 sebulan sepanjang pendidikan
- Melalui tapisan kelayakan akademik lebih ketat
- Sesi temuduga diwajibkan bagi pelajar baharu
Jumlah Elaun MyBrain 2.0
Kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk memberikan elaun sara hidup (ESH) MyBrain 2.0 kepada penerima berkelayakan sebanyak RM1,000 setiap bulan sepanjang pendidikan
Permohonan MyBrain 2.0
Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan,permohonan MyBrain 2.0 akan dibuka pada Januari 2024.
Bagi pelajar baharu, permohonan akan melalui tapisan kelayakan akademik lebih ketat. Selain itu,pemohon juga akan diwajibkan untuk sesi temuduga.
Keutaman permohonan akan diberikan kepada permohonan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM)
Selain itu juga hanya 500 permohonan sahaja layak untuk dipertimbangkan bagi menerima elaun penajaan ini bagi setiap tahun bagi tujuan melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD)
Rahsia otak cerdas dengan Safron Al-Aqsa
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang apa itu MyBrain 2.0, anda boleh melayari website https://www.mohe.gov.my/