CCMS : Semakan Keputusan Peperiksaan Kolej Komuniti

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan bagi pelajar Kolej Komuniti Sesi 2 2022/2023 kini boleh disemak secara atas talian mulai 22 Julai 2023.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

CCMS adalah sistem pengurusan berpusat bagi tujuan pengurusan rekod pelajar-pelajar Kolej Komuniti.

Sistem ini dibangunkan secara in-house bagi memenuhi aspirasi Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) bagi menyediakan sebuah platform Pengurusan Data Pelajar yang menyeluruh serta lengkap.

CCMS – Kaedah Semakan Keputusan Peperiksaan Kolej Komuniti 2023

Untuk makluman, keputusan peperiksaan boleh disemak di pautan https://app.mypolycc.edu.my/ccms/.

Log masuk menggunakan maklumat berikut :

  • Username : No kad pengenalan
  • Kata laluan : No pelajar

Cara Log Masuk Bagi Pelajar Baru

  1. Layari laman web https://app.mypolycc.edu.my/ccms/ .
  2. Klik > DAFTAR PELAJAR.
  3. Pilih > PELAJAR BARU.
  4. Sila masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda (-). Pastikan nombor pendaftaran bermula dengan N01.
  5. Paparan maklumat pelajar akan muncul pada skrin.
  6. Klik pada butang SLIP untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan.
  7. Sila hubungi Unit Peperiksaan jika terdapat masalah atau pertanyaan.

Cara Semak Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM)

Ikuti infografik bawah untuk ketahui mengenai cara menyemak Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM).

CCMS

Sistem Gred

CCMS

Status pencapaian akademik pelajar ditentukan pada setiap semester / modul dengan menggunakan Purata Nilai Mata seperti berikut :

PencapaianStatus Akademik
3.67 – 4.00Cemerlang
3.00 – < 3.67Kepujian
2.00 – < 3.00Baik
1.00 – < 2.00Lulus Bersyarat
< 1.00Gagal

Nota : Pelajar yang mendapat status akademik Cemerlang akan dianugerahkan dengan Anugerah Pengarah.

Semua markah yang diperoleh oleh pelajar bagi sesuatu kursus / LA akan dinyatakan dalam bentuk gred seperti berikut :

MarkahGredNilai MataStatus
90 – 100A +4.00Sangat cemerlang
80 – 89A4.00Cemerlang
75 – 79A-3.67Kepujian
70 – 74B+3.33Kepujian
65 – 69B3.00Kepujian
60 – 64B-2.67Baik
55 – 59C+2.33Baik
50 – 54C2.00Baik
47 – 49C-1.67Lulus
44 – 46D+1.33Lulus
40 – 43D1.00Lulus
0 – 39F0.00Gagal
CCMS

Anda boleh ikuti panduan lengkap menerusi lampiran di bawah.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai CCMS, sila ke pautan https://app.mypolycc.edu.my/ccms/index.php

Baca Juga : Permohonan Politeknik Kolej Komuniti Sesi 2023/2024

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!