Permohonan Politeknik Kolej Komuniti Sesi 2023/2024
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi kemasukan Politeknik dan Kolej Komuniti kini dibuka bagi pelajar yang berkelayakan.
Politeknik dan kolej komuniti merupakan antara institusi pendidikan awam yang teletak di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi.
Pengajian politeknik di Malaysia merupakan alternatif bagi pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Politeknik, Pra Diploma Politeknik, Diploma dan Sarjana Muda dan berada di bawah kawalselia Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Pendidikan di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah United Nations Development Planpada tahun 1969.
Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan pertama (1985-1995).
Kenapa Anda Perlu Pilih Politeknik dan Kolej Komuniti?
- Institusi milik penuh kerajaan
- Program pengajian yang diiktiraf MQA
- Lokasi pusat pengajian di seluruh negara
- Yuran yang berpatutan
- Peluang pekerjaan yang cerah
- Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi
Kategori Permohonan Politeknik / Kolej Komuniti
1.Kemasukan Bagi Lepasan SPM 2020-2022
Kelulusan : Pemohon perlulah berkelulusan lepasan SPM Tahun 2020-2022
Tarikh Permohonan
Permohonan terbahagi kepada dua fasa iaitu :
FASA 1 : 7 Februari 2023 (12.00 tengah hari) sehingga 28 Mac 2023 (5.00 petang)
FASA 2 : 15 Mei 2023 (12.00 tengah hari) sehingga 12 Jun 2023 (5.00 petang)
Cara Permohonan
Permohonan adalah melalui UPUONLINE menerusi pautan berikut :
https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login
Anda boleh semak maklumat lanjut mengenai program pengajian menerusi pautan berikut :
Senarai Program & Syarat Kemasukan
2.Diploma Politeknik, Diploma Kolej Komuniti dan Sijil Kolej Komuniti
Kelulusan
Pemohon perlulah memiliki salah satu kelulusan seperti berikut :
- Lepasan SPM tahun 2019 dan ke bawah
- Lulusan Sijil yang diiktiraf MQA (Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA dan Institut Kemahiran Tinggi PERDA)
- Lulusan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
- Sijil APEL Tahap 4
Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka mulai 28 Mac 2023 (12.00 tengah hari) sehingga 12 Jun 2023 (5.00 petang)
Cara Permohonan
Permohonan adalah melalui eBorang POLYCC menerusi pautan berikut :
Anda boleh semak maklumat lanjut mengenai program Diploma di Politeknik menerusi pautan berikut :
Senarai Program & Syarat Kemasukan Politeknik
Senarai Program & Syarat Kemasukan Kolej Komuniti
3.Sijil Kemahiran Khas Politeknik (Ketidakupayaan Pendengaran)
Kelulusan
Pemohon perlulah berkelulusan lepasan Sekolah Pendidikan Khas atau Program Pencantuman Pendidikan Khas (ketidakupayaan pendengaran)
Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka mulai 28 Mac 2023 (12.00 tengah hari) sehingga 12 Jun 2023 (5.00 petang)
Cara Permohonan
Permohonan adalah melalui eBorang POLYCC
Klik pautan berikut untuk memohon secara online : http://ambilan.mypolycc.edu.my/eborangpoli_v2/loginkhas.aspx
Anda boleh semak maklumat lanjut mengenai program pengajian ini menerusi pautan berikut :
Senarai Program & Syarat Kemasukan
Semakan Kelayakan
Anda juga boleh semak program yang layak dipohon menerusi pautan berikut :
http://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai permohonan bagi Politeknik dan Kolej Komuniti, sila hubungi saluran berikut :
03- 8888 3837 (Waktu Pejabat)
019- 8683 738 (Whatsapp sahaja)
Laman web : http://ambilan.mypolycc.edu.my
Emel : [email protected]